28.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Saya Seperti Ada 3 Ibu Bapa’ – BCL Bahagia, Suami Turut Merasa Kasih Sayang Keluarga Ashraf Sinclair

    Shopee Sale

    Meskipun sudah mendirikan rumah tangga buat kali kedua, namun selebriti terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari dan suami Tiko Aryawardhana masih lagi mengekalkan hubungan yang baik bersama keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair.

    Artikel Berkaitan: Netizen Kagum BCL & Suami Santuni Ibu Bapa Arwah Ashraf Sinclair – ‘Pandai Jaga Silaturahim’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Lima Tahun Telah Berlalu, Namun Pedihnya Ketiadaanmu Masih Ada’ – Bunga Citra Lestari

    Kehadiran Tiko

    View this post on Instagram

    A post shared by Bunga Citra Lestari (@itsmebcl)

    Ketika ditemui , Bunga meluahkan rasa syukur apabila Tiko diterima baik di dalam keluarga arwah Ashraf. Malah, keluarga Tiko juga tidak pernah menghalang Bunga untuk mengekalkan silaturahim bersama mentuanya.

    Justeru, aktres berusia 42 tahun itu sangat gembira kerana dia kini memiliki tiga buah keluarga yang sentiasa menyokong dan membahagiakan dirinya.

    Mereka (keluarga Ashraf) menerima Tiko seadanya. Saya juga bersyukur keluarga Ashraf dapat menerima kehadiran Tiko.

    Tidak hanya Tiko, tapi seluruh keluarga dia juga. Mereka juga tidak kisah melihat hubungan baik saya dengan keluarga Ashraf.

    Kalau dilihat semula sewaktu perkahwinan kami di Bali, saya seperti ada tiga ibu bapa sekarang. Ada ibu bapa saya, ibu bapa Ashraf dan ibu bapa Tiko. Jadi semuanya jadi satu keluarga.

    Menurut pelantun lagu Cinta Sejati itu, keharmonian di antara mereka tetap utuh kerana kasih sayangnya tidak hanya terbatas kepada arwah suami tetapi untuk seluruh ahli keluarga.

    Dulu saya mempunyai hubungan dengan Allahyarham Ashraf sebagai suami dan isteri.

    Saya tidak hanya bernikah dan mencintai Ashraf tetapi saya menyayangi seluruh keluarganya.

    Keluarga Ashraf pun sangat baik dengan saya, selalu memberi sokongan kepada saya. Malah sekarang menyokong Tiko untuk masuk ke dalam keluarga kami.

    Bunga berkata demikian semasa ditemui pada sidang media Konsert Eternal Love – Timeless Romance Bunga Citra Lestari yang berlangsung di Imperial Lexis Kuala Lumpur pada Isnin. 

    MENARIK:  Ucapan DJ Sonic Sempena ‘Birthday’ Fazura – ‘Hebat Wanita Ini, Tetap Jaga Aib & Tutur Kata Supaya Tiada Siapa Yang Terluka’

    Ikatan kekeluargaan

    Dalam masa yang sama, pelakon filem Habibie & Ainun itu menyifatkan perkara tersebut sebagai anugerah terindah yang dimilikinya.

    Kami seperti sebuah keluarga besar. Saya rasa ia satu perkara sangat indah kerana bukan semua orang mempunyai kelebihan seperti ini.

    Lagipun kami semuanya bersikap matang jadi hubungan itu lebih mudah untuk dijalinkan.

    Tidak ada perasaan cemburu atau iri hati, cuma bagaimana cara kita saling memberikan sokongan antara satu sama lain.

    Untuk info, Bunga mendirikan rumah tangga bersama Ashraf Sinclair pada 8 November 2008 di Jakarta dan dikurniakan seorang cahaya mata, Noah yang kini berumur 14 tahun.

    Namun, maut memisahkan mereka apabila Ashraf meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.

    Pada 4 Disember 2023, Bunga bernikah sekali lagi dengan Tiko Aryawardhana dalam sebuah majlis yang cukup meriah yang diadakan di Bali Indonesia.

    The post [VIDEO] ‘Saya Seperti Ada 3 Ibu Bapa’ – BCL Bahagia, Suami Turut Merasa Kasih Sayang Keluarga Ashraf Sinclair first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah