30.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Guna Kau, Aku & Korang Ketika Bersiaran Di Radio Tidak Sesuai, Saya Jadi Pendengar Pun Tidak Gemar’ – Kieran

    Shopee Sale

    Penyampai radio terkenal, Kieran tampil berkongsi pandangan mengenai isu penggunaan kata ganti diri seperti ‘aku’, ‘kau’ dan ‘korang’ semasa bersiaran di radio.

    Artikel Berkaitan: Kieran Buat ‘Comeback’ Bersama Kool 101 – ‘Saya Teruja’

    Artikel Berkaitan: Kieran Kongsi Kesan Kemoterapi Akibat Kanser Prostat – ‘Saya Pura-Pura Kuat, Siang Okay Malam Berdenyut’

    Interaksi bersama pendengar

    Menerusi hantaran di Threads, Kieran atau nama sebenarnya Maskiran Jakiran, menegaskan bahawa penggunaan kata ganti diri sedemikian kurang sesuai digunakan ketika bersiaran.

    Hal ini kerana baginya tanggungjawab sebagai seorang penyampai radio bukan sekadar untuk berbual dengan rakan penyampai, malah juga melibatkan interaksi bersama pendengar.

    Terpanggil untuk beri komen tentang isu penggunaan kata ganti nama diri ‘aku’, ‘kau’ dan korang ketika bersiaran di radio.

    Ketika saya mula sertai industri radio pada tahun 1999, kami memang tidak dibenarkan menggunakan perkataan tersebut ketika sedang on air.

    Masa itu saya ground crew hanya buat lintasan langsung setiap hari sebanyak empat kali sehari.

    Elak guna kata ganti nama diri sedemikian

    Berkongsi lebih lanjut, Kieran menjelaskan bahawa situasi itu kekal apabila dia mula bergelar sebagai penyampai radio pada tahun 2003, di mana penyampai sentiasa diingatkan untuk mengelakkan penggunaan kata ganti diri seperti itu, terutamanya ketika berinteraksi secara langsung bersama pendengar.

    Kemudian bila saya dah jadi penyampai radio pada tahun 2003, tetap sama tak boleh guna juga kata ganti nama diri macam itu.

    Lebih-lebih lagi bila berborak dengan pendengar di udara.

    Sepanjang saya bertugas di beberapa buah stesen radio, kami pun tak ada guna ‘aku’, ‘kau’ dan ‘korang’.

    Mungkin ada la sesekali kami terlepas, tetapi selalunya kami guna ‘bro’ atau sebut nama terus.

    Dalam hantaran berikutnya, Kieran menceritakan bahawa dia pernah menegur isu penggunaan kata ganti diri ini di laman Facebook ketika sudah berhenti daripada tugas sepenuh masa di radio.

    MENARIK:  Shila Amzah Pernah Tolak Tawaran Gelaran Datuk Lebih Sekali – ‘Saya Selesa Dengan Apa Ada Sekarang’

    Bagaimanapun, tegurannya dibalas oleh seorang penyampai yang masih aktif bertugas, menyatakan bahawa cara itu sudah dianggap gaya lama.

    Saya pernah tegur hal ini di Facebook tetapi ketika itu saya sudah berhenti terus dari menjadi penyampai radio.

    Tetapi ada respon daripada penyampai radio yang masih aktif bertugas, katanya ‘itu style lama’.

    Saya jadi pendengar pun tidak berapa gemar dengan perkataan ‘aku’, ‘kau’ dan ‘korang’.

    Tak best sebab bila penyampai radio sedang berborak di konti, jangan lupa yang kamu sedang berborak untuk pendengar lain juga sebenarnya.

    Sumber: Threads Kieran

    The post ‘Guna Kau, Aku & Korang Ketika Bersiaran Di Radio Tidak Sesuai, Saya Jadi Pendengar Pun Tidak Gemar’ – Kieran first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah