34.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Gara-Gara ‘Dajal’, Jari Tengah Tangan Kiri Amir Nafis Patah

    Shopee Sale



    Amir Nafis

    Pelakon Amir Nafis mendedahkan tulang jari hantu tangan kirinya patah ketika menjalani penggambaran filem Dajal.

    ‘Salah landing’

    Amir atau nama lengkap Amir Nafis Ma’arof, 33, berkata, insiden tersebut berlaku ketika sedang melakukan adegan dicekik dalam filem arahan Pierre Andre itu.

    Sebenarnya ketika ‘shooting’ filem ini, jari tangan saya patah iaitu jari tengah tangan kiri. Insiden itu berlaku dua hari sebelum tamat penggambaran.

    Ketika itu sedang lakukan babak saya dicekik. Bukan salah orang lain, tapi silap saya sendiri sebab salah ‘landing’ tangan.

    Walaupun jari saya patah, penggambaran tetap diteruskan. Namun ada beberapa perkara yang terpaksa di ‘compromise’ oleh krew.

    Nafis berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di malam gala tayangan filem Dajal yang berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.

    MENARIK:  Suami Tidak Bersalah, Isteri Masih Dara Selepas Dua Tahun Perkahwinan

    Mengambil masa sebulan untuk pulih, Nafis bagaimanapun memberitahu, tangannya kini tidak boleh genggam sepenuhnya.

    Waktu dah patah itu, saya tak rasa sakit, hanya rasa kebas. Kebetulan ada krew di set yang tahu fasal tulang, dia bantu saya. Dia kata tulang saya patah tiga.

    Kemudian baru saya pergi jumpa doktor. Sebulan lebih juga untuk pulih sepenuhnya. Namun kesannya sehingga kini, tangan saya sekarang tak boleh nak genggam penuh.

    Filem Dajal terbitan Metrowealth Pictures sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 6 Februari.

    Selain Amir, Dajal turut dibintangi Bidin Al Zaifa, Khatijah Tan, Jay Iswazir, Dai Syed, Jaja Iliyes dan Hanna Halim.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah