33.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Gadis Tampil Dakwa Jadi Mangsa ‘Haruan Makan Anak’ – ‘Kisah Saya Sama Seperti Watak Puteri Balqis Dalam Drama Keluarga Itu’

    Shopee Sale



    Gambar sekadar hiasan

    Seorang gadis tampil berkongsi kisah trauma berikutan menjadi mangsa gangguan seksual oleh bapanya.

    Sama seperti drama

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, gadis yang dikenali sebagai Lin, mendedahkan dia menerima nasib yang serupa seperti watak Dhamiah yang dilakonkan oleh Puteri Balqis dalam drama Keluarga Itu.

    Saya tertarik dengan drama ini kerana sama seperti realiti hidup saya. Watak Rosyam Nor sebagai bapa haruan sama dengan apa yang saya lalui.

    Saya adalah mangsa sama seperti watak Puteri Balqis bawakan, iaitu seorang anak perempuan yang ‘dimakan’ oleh bapa sendiri.

    Akhirnya ada juga pengarah yang buat cerita begini sebab ada manusia yang buta hati yang tak percaya pada anak.

    Bukan itu sahaja, Lin juga mendakwa dia turut menjadi mangsa penderaan fizikal oleh bapanya sendiri.

    Orang luar senang berkata aib dan sejahat mana pun seorang ayah, kita perlu menghormatinya tetapi mereka tak ada ditempat saya.

    Bapa tu anggap ke kita ini anak?

    Sebelum ini saya pernah hilang beberapa kali dan berjalan sendirian pada waktu malam sebab sudah tak tahan dengannya.

    Saya pernah dipukul dengan teruk sampai pecah pintu kedai runcit.

    Tiada yang percaya

    Gambar sekadar hiasan

    Dalam masa yang sama, Lin meluahkan rasa sedih dan kesal kerana ibunya tidak mempercayainya.

    Mak saya tak percaya pada saya, apabila saya cuba bersuara, tidak ada sesiapa pun yang percaya padahal terseksa mental dan fizikal.

    Bukan sengaja mahu burukkan keluarga sendiri tapi tak akan ada anak benci bapa sendiri kecuali bersebab.

    Justeru, gadis berusia 18 tahun tersebut menyeru mangsa-mangsa gangguan seksual untuk berani mempertahankan diri mereka.

    Saya lalui sendiri, tiada sesiapun yang bela saya.

    Jadi yang pernah kena, bangkitlah dan kena berani bersuara tentang kesalahan dia.

    MENARIK:  Nelissa Nizam Terpaksa Tolak Tawaran Menyanyi Sebab Sibuk Berlakon – ‘Saya Akan Fikirkan..’


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah