30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, July 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [FOTO] Hujung Minggu Yang Epik! Ezzrin Loy Bawa Sharifah Rose Tengok Perlumbaan MotoGP Di Sepang

    Shopee Sale



    Pelakon dan model cantik, Sharifah Rose kelihatan sangat gembira apabila menghadiri Malaysian Motorcycle Grand Prix (MotoGP), baru-baru ini bersama aktor Ezzrin Loy.

    Bawa dia ke MotoGP

    Menerusi sebuah posting di Instagram, Ezzrin berkata, ini merupakan kali pertama dia membawa Sharifah Rose menyaksikan perlumbaan motosikal berkuasa tinggi itu.

    Pertama kali bawa dia ke MotoGP, tapi terkejut bila dia jadi peminat Marc Marquez. Hujung minggu yang epik! Menyaksikan salah seorang yang terbaik dalam MotoGP, The Mack! Terima kasih kerana menjemput saya sebagai tetamu Dorna!

    Selain Ezzrin dan Sharifah Rose, beberapa selebriti yang lain turut hadir menyaksikan perlumbaan tersebut. Antara artis yang hadir ialah Zizan Razak.

    Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Ezzrin seorang yang sweet kerana membawa Sharifah Rose menyaksikan perlumbaan MotoGP. Pada masa yang sama, netizen sempat berseloroh dan bertanya mengenai status mereka berdua.

    MENARIK:  Masih Berduka Atas Kehilangan Bapa, Khai Bahar Gagal Habiskan Nyanyian

    Terdahulu, Sharifah Rose akui dia dan Ezzrin masih berada dalam fasa mengenali hati budi masing-masing selain meminta agar mereka diberi ruang.

    Tambah Rose lagi, dia dan Ezzrin sudah lama mengenali antara satu sama lain tetapi mula berkawan rapat sejak tiga tahun lalu iaitu ketika mereka melakukan penggambaran bersama.

    Apabila ditanya mengenai ciri-ciri pasangan hidup, Rose berkata dia lebih selesa untuk bersama dengan lelaki yang lebih kurang seusia dengannya.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah