25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fattah Amin Terus Mendonia! Baju Eksklusif ‘Sold Out’ Dalam Masa Dua Minit

    Shopee Sale



    Fattah Amin

    Nama pelakon Fattah Amin, 34, terus menjadi fenomena dan kegilaan peminat.

    Sold out!

    Fattah Amin

    Hal ini terbukti apabila barangan ‘merchandise’ yang dikeluarkan Fattah habis terjual dalam tempoh dua minit.

    Pada Isnin, Fattah menerusi sesi siaran langsung di TikTok telah melancarkan ‘merchandise’ edisi terhad miliknya iaitu baju.

    Baju jenis t-shirt tersebut datang dengan tiga warna berbeza iaitu biru muda, hitam dan coklat serta dijual pada harga RM74 sehelai.

    Kata aktor tersebut, baju berkenaan boleh digayakan oleh lelaki dan perempuan kerana rekaannya yang ‘oversize’.

    MENARIK:  #OBCallingFoodies: Diana Danielle Pilih Makanan Bersup Sebagai ‘Comfort Food’, Gembira Dapat Raikan Kejayaan Dragon Hot Pot

    Dalam siaran langsung itu, pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah bersyukur dengan sambutan diberikan peminat dan tidak menyangka baju tersebut habis terjual dengan begitu pantas.

    Sementara itu, rata-rata peminat turut tumpang gembira dengan rezeki yang dikurniakan kepada Fattah.

    Wargamaya berharap, bekas suami kepada aktres Nur Fazura dapat mengeluarkan lebih banyak ‘merchandise’ supaya tiada peminat yang ‘kempunan’.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah