27.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mira Filzah & Suami Tak Tolak Rezeki Untuk Miliki Anak Kedua – ‘Kami Go With The Flow’

    Shopee Sale



    Pelakon Mira Filzah sudah bersedia untuk menimang cahaya mata kedua berikutan anak sulungnya sudah memasuki usia tiga tahun.

    Menunggu rezeki

    Ketika ditemui , Mira atau nama lengkapnya Nur Amirah Filzah Badioezaman memaklumkan bahawa dia dan suami, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khairil Anuar sebelum ini pernah merancang kehamilan untuk memberikan tumpuan terhadap anak sulung mereka.

    Bagaimanapun, ketika ini mereka tidak menolak andai dikurniakan zuriat yang kedua.

    Amir sekarang sudah berusia tiga tahun, jadi kami bersedia untuk memiliki zuriat lagi. Dalam masa yang sama, saya pun berharap ada rezeki.

    Sebelum ini, kami ada hadkan untuk hamil sebab anak masih kecil tetapi sekarang jika ada rezeki kami terima.

    Mira berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama Gadis Masa yang berlangsung di Aloft Kuala Lumpur, pada Selasa.

    MENARIK:  Aina Abdul, Khai Bahar & Amir Masdi Antara Artis Popular Serikan Bazar Aidilfitri Terbesar Di Lembah Klang

    Tak cegah kehamilan

    Dalam pada itu, pelakon filem Rise: Ini Kalilah tersebut berkata, dia dan suami sama sekali tidak pernah mengambil sebarang kaedah untuk mencegah kehamilan malah menyerahkan segalanya kepada rezeki Allah SWT.

    Untuk cahaya mata yang kedua ini, kami ada merancang tetapi kami tidaklah mengambil kaedah pencegahan untuk hamil.

    Kami ‘go with the flow’, cepat atau lambat kami terima.

    Dalam perkembangan lain, Mira bersama-sama Syafiq Kyle, Tracie Sinidol, Bella Dowanna dan ramai lagi turut terlibat menjayakan drama bersiri terbitan Viu Originals tersebut.

    Sekadar info, Mira dan Emir mendirikan rumah tangga mereka pada 3 September 2020 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Wan Khair Amir yang kini berusia tiga tahun.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah