26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fattah Amin Kongsi Gambar Cium Pipi Fatimah Di Instagram, Sehari Sebelum Sebutan Kes Cerai

    Shopee Sale



    Pelakon tampan, Fattah Amin mencuri perhatian apabila memuat naik foto dirinya mencium anak perempuannya, Nur Fatima Aisya menerusi Instagram Story (IG Story).

    Cium pipi Fatima

    Pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin turut meletakkan emoji berbentuk hati berwarna biru tanpa meletakkan sebarang kapsyen menerusi perkongsian yang dibuatnya itu.

    Bukan itu sahaja, Fatima juga dilihat tersenyum apabila dicium Fattah sambil melakukan simbol berbentuk hati dengan menggunakan tangannya.

    Hantaran tersebut pastinya meraih perhatian susulan sebutan pertama penceraian yang difailkan isterinya, Nur Fazura Sharifuddin yang akan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada esok (Rabu).

    Imbas kembali, isu keretakan rumah tangga Fazura dan Fattah menjadi spekulasi di media sosial apabila mereka didakwa sudah tidak lagi meninggalkan komen atau memberi tanda suka dalam hantaran di akaun masing-masing.

    Malah, mereka juga tidak lagi memuat naik foto bersama di platform media sosial. Walau bagaimanapun, Fazura sebelum ini menafikan dakwaan hubungannya dengan suami bermasalah.

    MENARIK:  Rizman Ruzaini Lancar Lima Koleksi Raya 2025 Serentak, Dedah Tiada Selebriti Dilantik Sebagai Muse

    Sehinggalah pada 13 September lalu, Fazura memfailkan perceraian terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.

    Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah