28 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fatin Afeefa Tak Izin Anak Ceburi Industri Seni – ‘Kena Belajar & Hafal Al Quran’

    Shopee Sale



    Fatin Afeefa

    Selebriti media sosial, Fatin Afeefa memberitahu dia tidak akan membenarkan anak-anaknya menceburi bidang seni.

    Mahu anak bijak pelajaran

    Fatin Afeefa

    Enggan mengambil pusing tentang cakap orang sekeliling, Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 30, berkata, dia mahu melihat anak-anak berjaya dalam pelajaran dan menghafaz Quran.

    Saya tidak akan benarkan anak-anak saya berlakon atau masuk industri. Anak saya kena belajar, hafal al-Quran.

    Tidak kisah apa pun orang nak cakap, tapi anak-anak saya tidak akan jadi pelakon.

    Walaupun ada yang tawarkan, jawapan saya tetap ‘no’, tidak boleh.

    Fatin berkongsi mengenai perkara itu menerusi sesi siaran langsung di TikTok miliknya, baru-baru ini.

    Dalam pada itu, Fatin berkata, dia sebagai ibu berhak untuk menentukan hala tuju hidup cahaya matanya.

    Anak-anak saya di bawah jagaan saya, jadi saya berhak tentukan. Suka hati saya lah.

    Terdahulu, Fatin yang mula berkecimpung dalam industri seni sejak usia lapan tahun, mengumumkan berundur daripada dunia lakonan dan nyanyian bagi menumpukan perhatian kepada keluarga.

    MENARIK:  [VIDEO] Betty Rahmad Anjur Kelas Tadabbur, Netizen Puji Manfaatkan Rezeki Allah SWT – ‘Ada Rumah Besar, Penuhkan Dengan Majlis Ilmu’

    Katanya, keputusan tersebut dibuat atas permintaan suami iaitu Aliff Awang atau mesra disapa Opai. Walau bagaimanapun, dia masih melakukan beberapa kempen.

    Sekadar info, Fatin mendirikan rumah tangga dengan Opai pada Disember 2022 dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya.

    Sebelum itu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai 30 Mei 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia, 9.

    Bahkan, Fatin juga mempunyai seorang anak lelaki, Adam Aisy Arrian daripada perkahwinan pertamanya.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah