Gelagat anak kepada pelakon dan usahawan, Fazura iaitu Nur Fatima Aisya yang memesan kepada ibunya supaya tidak menangis apabila dia keluar rumah mengundang perhatian.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Pamer Wajah ‘Polos’ Tanpa Solekan, Ramai Jatuh Hati – ‘Sangat Cantik Ciptaan Allah’
Artikel Berkaitan: Tak Pernah Tayang Kemewahan, Gaya Hidup Fazura Dipuji Netizen – ‘Kaya & Humble’
Fatima siap ‘warning‘

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin, 43, menyifatkan tindakan Fatima memberi amaran itu sebagai sesuatu yang bijak dan comel.
Menurut Fazura, dia tidak menyangka anaknya yang berusia empat tahun itu sudah pandai menunjukkan telatah seperti itu.
Anak saya yang berumur empat tahun tinggalkan rumah untuk pergi ke rumah sepupu.
Dia siap bagi amaran ‘bye mommy, Fatima akan rindu mommy tapi tolong jangan menangis ok?’.
Kejap, tapi bila mommy menangis ni? Ceh ceh dia tu…
Menjengah ke ruangan komen, netizen terhibur dengan gelagat Fatima yang dilihat amat menyayangi ibunya. Malah, segelintir mereka juga menyifatkan Fatima sebagai seorang kanak-kanak yang cerdik.
Komen netizen


Sumber: Threads
The post Fatima Pesan Jangan Nangis, Fazura Persoal – ‘Kejap, Bila Pula Mommy Cry?’ first appeared on OHBULAN!.





