34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fatima Nyanyi Lagu ‘Happy Birthday’, ‘Design’ Kek Fattah Amin Curi Perhatian Peminat – ‘Patung Mommy Tak Ada’

    Shopee Sale



    Fattah Amin

    Anak kepada pelakon Fattah Amin, Nur Fatima Aisya menitipkan ucapan selamat ulang tahun kelahiran ke-34 buat aktor itu.

    Birthday Fattah

    Fattah Amin

    Menerusi hantaran di Instagram Fattzuralovelife, Fatima mendoakan yang terbaik buat Fattah dan berharap bapanya menikmati hari yang cukup istimewa itu.

    Happy birthday daddy, enjoy your special day. Love, Fatima.

    Fattzuralovelife adalah akaun Instagram mengenai kehidupan seharian Fazura dan Fattah bersama satu-satunya anak mereka itu.

    Menerusi hantaran sama, dapat dilihat beberapa foto Fattah bersama Fatima yang dikongsikan buat tatapan umum.

    Selain itu, Fatima turut menyanyikan lagu ‘happy birthday’ buat bapanya yang tercinta.

    Malah, kek ulang tahun yang dikongsikan turut menyorot perhatian kerana hanya memperlihatkan dua bentuk patung mewakili Fattah dan Fatima. Namun tidak kelihatan patung mewakili Fazura.

    Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen yang singgah ke ruangan komen berasa sebak apabila teringat akan ujian yang menimpa keluarga Fattah dan Fazura.

    MENARIK:  ‘Sky Tak Nak Tinggal Solat, Sebab Mahu Sentiasa Doakan Arwah Ibunya’ – Ridzokumura

    Netizen berdoa agar rumah tangga pasangan tersebut masih dapat diselamatkan dan tidak berakhir dengan perpisahan.

    Sejak semalam, kecoh di media sosial apabila Fazura dilaporkan sudah memfailkan cerai terhada Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, pada Jumaat.

    Bagaimanapun, butiran terperinci mengenai kes tersebut masih tidak didedahkan.

    Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah