27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 2, 2024
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fathia Latiff Menghadapi Cabaran dengan Pengkritik Negatif dan Iri Hati dari Orang Melayu, Malu dengan Pengikut dari Jepun dan Kanada

    Shopee Sale



    Fathia Latiff

    Pelakon kontroversi Fathia Latiff akui rimas dengan tuduhan yang dilemparkan segelintir pihak yang mendakwa dirinya tidak sihat dan sedang sakit.

    ‘Saya tak sakit!’

    Fathia Latiff

    Menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story), Fathia berharap orang ramai berhenti mengajukan soalan mengenai tahap kesihatannya dan menegaskan dia berada dalam keadaan baik.

    Malah, aktres itu berkata dia berhak untuk menetapkan jalan hidupnya sendiri tanpa meminta pandangan orang lain.

    Kepada peminat, keluarga, pengikut, ‘stalker’ dan homofobia. Saya bosan apabila orang asyik mengatakan saya sakit, saya tak sakit!

    Saya sebenarnya boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang menuduh, tetapi saya tidak mahu berbuat demikian sebab banyak perkara lain yang lebih baik untuk dilakukan.

    Ini adalah hidup saya dan pilihan saya untuk melakukan apa sahaja yang saya mahu. Walaupun perkara itu buruk atau jahat. Tiada kaitan dengan anda.

    Dalam perkongsian sama, pelakon yang popular menerusi drama Ariana Rose itu berkata terlalu banyak perkara negatif yang dilemparkan oleh rakyat Malaysia kepadanya.

    Tidak kira saya ini seorang selebriti, jutawan atau pengemis, nampak gayanya pihak berkuasa berat sebelah. Saya tidak perlu membuktikan atau beritahu sesiapa tentang perkara yang patut atau tidak patut.

    Banyak sangat perkara negatif di tempat saya sendiri (Malaysia) dengan orang-orang berfikiran negatif dan sering melemparkan fitnah ke atas saya.

    Berhenti menyalahkan orang dan lihat diri anda dan keluarga terlebih dahulu.

    Tambah Fathia, tuduhan sedemikian membuatnya berasa malu dengan pengikutnya yang datang dari pelbagai negara.

    Orang Melayu iri hati, mereka fikir mereka salah dan fikir mereka betul, itulah yang ayah saya katakan. Menyedari hal itu sangat sedih dan kasihan.

    Itu amat memalukan untuk negara saya sendiri dan kerana pengikut saya terdiri daripada seluruh dunia termasuk Jepun, Korea dan Kanada.

    MENARIK:  Rozita Che Wan: Menasihati Wanita agar Tidak Mendengar Keluhan Suami Orang Lain

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah