30.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fathia Latiff Mengaku Suntik ‘Filler’ Demi Nampak Cantik & Muda – ‘Kena Ikut Peredaran Zaman’

    Shopee Sale



    Pelakon Fathia Latiff mengaku melakukan prosedur perubahan pada wajahnya demi untuk kelihatan lebih cantik dan awet muda.

    Artikel berkaitan: ‘Bila Orang Maki, Takkan Saya Nak Diam? Saya Ada Perasaan & Sabar Saya Juga Ada Hadnya’ – Fathia Latiff

    Artikel berkaitan: Fathia Latiff Muat Naik Foto Bersama Che Ta, Netizen Komen; ‘Filter Apa Dia Guna?’

    Mengaku ubah wajah

    Menerusi perkongsian di TikTok, Fathia berkata, hampir keseluruhan wajahnya diubah dengan melakukan rawatan seperti botox dan suntikan ‘filler’.

    Saya buat bibir, mata, botox, hidung, semualah.

    Menurutnya, rawatan wajah tersebut sudah menjadi perkara biasa malah Fathia tidak kisah dengan pandangan orang lain terhadapnya.

    Memang saya ada buat ‘filler’ dan botox semua tapi saya rasa sekarang ni normal sebab saya pun dah berusia. Dulu masa saya muda, muka tegang lagi.

    Saya tak kisah pun apa orang nak cakap tapi saya hanya kisah apa yang mak saya cakap.

    Bila mak saya nasihat, saya akan dengar. Mak saya ada nasihat sudah-sudahlah tak payah nak buat itu ini lagi (perubahan wajah) tapi saya memang manja dengan mak saya jadi saya pujuk dia, mak saya pun macam ‘suka hati kau lah’.

    Dalam pada itu, pelakon yang popular dengan drama Ariana Rose berpendapat tidak salah untuk mencantikkan wajah demi meningkatkan keyakinan diri.

    Kita kena ikut peredaran zaman. Macam dulu orang malu tapi sekarang semua orang buat dan dah jadi normal.

    Saya rasa kalau untuk mencantikkan wajah kita, kenapa tidak? Kalau kita rasa ‘insecure’ dengan wajah kita tak jadi masalah pun. Yang penting bila lepas buat tu kita rasa berkeyakinan, gembira nak keluar dan tak perlu bersolek sangat.

    ‘Dulu cengkung dan tak cantik’

    Mengulas tentang penampilannya yang dulu lebih cantik, Fathia sebaliknya berfikiran dia yang dahulu terlalu kurus dan tidak menarik.

    Saya rasa dulu muka saya cengkung dan saya tak faham kenapa orang cakap ‘Fathia dulu kau cantik’ padahal saya rasa sejujurnya nampak cengkung dan tak cantik.

    Mungkin dulu sebab nampak kurus. Jadi sekarang untuk dapatkan balik kerja (berlakon) saya, saya kena kurus.

    MENARIK:  Joy Revfa Hamil 10 Minggu, Tak Sempat Pergi Bulan Madu – ‘Kehamilan Kedua Ni Agak Mencabar, Tapi Tiba-Tiba Rajin Masak’

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah