Pelakon Fasha Sandha tampil memberi respon berhubung babak panas melibatkan suaminya, Aidil Aziz dan aktres Trisha Ooi dalam drama bersiri Sujud Terakhir Encik Norman.
Respon Fasha

Fasha memohon agar diberikan ruang dan masa sebelum memberikan sebarang ulasan lanjut mengenai perkara itu.
Saya memohon agar berikan saya masa untuk komen kerana saya belum sempat menonton episod tersebut kerana sibuk dengan persiapan drama terbaru bersama TV3 dibawah arahan En Osman Ali iaitu Puteri Kembang Malam.
Bagaimanapun, Fasha berterima kasih kepada pihak yang memberikan teguran secara membina.
Terima kasih kerana mereka menegur untuk kebaikan. Sejujurnya saya rasa saya tidak layak untuk komen, kerana saya tidak terlibat dalam drama tersebut.
Tapi insyaAllah bila saya ada masa dan ruang, saya akan komen.
Sebelum ini, tular di media sosial babak dari episod kelapan drama Sujud Terakhir Encik Norman yang memaparkan aksi keterlaluan antara Aidil Aziz (Norman) dan Trisha Ooi (Alisa).
Aksi tersebut memperlihatkan ekspresi ghairah serta adegan seolah-olah berciuman di dalam kereta yang dianggap tidak senonoh dan tidak sensitif untuk tayangan pada bulan Ramadan.
The post Fasha Sandha Buka Mulut Isu Babak Panas Aidil Aziz & Trisha Ooi – ‘Mohon Beri Saya Masa’ first appeared on OHBULAN!.





