28.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Farisha Iris Pesan Jangan Butakan Mata Demi Cinta

    Shopee Sale

    Penyanyi, Farisha Iris menitipkan pesan kepada orang ramai untuk tidak membutakan mata hanya semata-mata kerana terlalu mencintai seseorang.

    Artikel Berkaitan: Farisha Iris Tak Jadi Kahwin Hujung Tahun, Bekas Kekasih Berusia 30 Tahun ‘Terlalu Baik’ – ‘Restu Ibu Bapa Penting’

    Jangan butakan mata demi cinta

    Menerusi TikTok, Farisha yang memuat naik fotonya di sekitar Masjid Nabawi memaklumkan dia begitu terkesan dengan watak Nuha menerusi drama terbitan stesen televisyen swasta.

    Ujarnya, watak tersebut mencerminkan dirinya satu ketika dahulu.

    Daripada drama tersebut, saya tak boleh hukum (watak) ‘Nuha’ sebab saya nampak bayangan diri saya melalui watak itu.

    Tambah pemilik nama Farisha Asmadi ini, ramai wanita yang menjalin hubungan cinta memilih untuk membutakan hati mereka meskipun pasangan menunjukkan sikap negatif dalam percintaan.

    MENARIK:  ‘Bukan Denial, Tapi Saya Pilih Untuk Tawakal’ – Fatin Afeefa

    Dalam pada itu, Farisha yang kini berkhidmat sebagai seorang pensyarah mengingatkan kepada wanita untuk keluar daripada hubungan tersebut supaya tidak menyesal di kemudian hari.

    Jadi tolong ya korang, tak ambil kisah tentang ‘red flags’ yang ada pada pasangan hanya kerana kamu nak mereka kekal dalam hubungan akan memakan diri kamu di kemudian hari.

    Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan Farisha.

    Komen netizen

    Sumber: TikTok

    The post Farisha Iris Pesan Jangan Butakan Mata Demi Cinta first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah