Penyanyi Fareez Fauzi tidak menolak sebarang rezeki yang datang demi kelangsungan hidup bersama keluarga kecilnya.
Artikel Berkaitan: ‘Dia Kata Ada Token, Tapi Dapat Sepasang Baju Raya Je’ – Fareez Fauzi
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tak Sangka Getah Paip ‘Berbisa’, Noorkhiriah Minta Maaf Sebab Pukul Badan Fareez Fauzi Sampai Berbirat
Tiada gaji tetap

Ketika ditemui , Fareez yang merupakan anak kepada pelakon Fauzi Nawawi dan Lisdawati itu memberitahu dirinya tidak memiliki gaji tetap.
Ujarnya, dia tidak malu untuk mencari rezeki dalam apa jua cara selagi tidak melanggar hukum Islam.
Sejujurnya, saya memang tiada gaji tetap. Tetapi alhamdulillah, rezeki Allah sentiasa ada untuk keluarga. Yang penting usaha.
Apa pun kerja, sama ada berniaga atau apa sahaja yang halal, saya buat. Tak perlu malu sebab orang lain bukan pemberi makan kita.
Saya sedar, mungkin sebab orang lain lebih popular dan lebih menawan, mereka dapat peluang. Tapi bagi saya, rezeki kita tetap ada di mana-mana.
Fareez berkata demikian ketika ditemui pada saringan pertama All Star Championship 2025, di Kota Damansara, pada Ahad.
Sertai sukan tinju

Dalam pada itu, Fareez memaklumkan bahawa penglibatannya dalam dunia tinju adalah merupakan salah satu inisiatif mencari rezeki untuk keluarga.
Antara sebab saya sertai tinju, sebab peluang berlakon sebelum ini tidak menjadi.
Orang lain yang dipilih. Dari situ saya sedar, mungkin bukan rezeki saya. Saya tak boleh tunggu terlalu lama. Bukan bermaksud putus asa, cuma saya tak mahu terus menunggu.
Kalau ada acara seperti Fury atau Beyond versi Malaysia, saya mahu cuba.
Tapi saya tidaklah sampai nak berlawan dengan petinju profesional, sebab niat saya hanya untuk cabang rezeki, bukan cari makan sebagai fighter.
Fareez sebelum ini pernah meraih kemenangan dalam pusingan awal tinju artis, yang seterusnya membakar semangatnya untuk terus kekal di gelanggang.
Acara kemuncak All Star Influencer Award (Asia) 2025 (ASIA2025) dijadualkan berlangsung pada 19 Oktober ini sekali gus berpeluang membawa pulang wang tunai AS$15,000 (RM63,000) bersama percutian eksklusif ke Dubai bagi pemenang utama.
The post Fareez Fauzi Kurang Terima Tawaran, Nekad Sertai Sukan Tinju – ‘Asal Halal, Saya Sanggup’ first appeared on OHBULAN!.





