Isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh memuat naik notis daripada Mahkamah Syariah yang terpapar di sebuah akhbar tempatan.
Artikel Berkaitan: Shuk Sahar Berang Fara Salleh Petik Nama Ibu Bapa, Tunjuk Bukti Transaksi Nafkah – ‘Jangan Main Gila Dengan Aku’
Artikel Berkaitan: Fara Salleh Mohon Shuk Bertanggungjawab, Kesal Nada Diazan & Iqamat Selepas Lima Hari – ‘Ini Bukan Anak Haram’
Notis mahkamah

Menerusi hantaran di Instagram Story, Fara berkongsi info berkenaan notis tersebut yang bertarikh 17 Julai 2025 dengan namanya sebagai pemohon.
Notis daripada Mahkamah Rendah Syariah Segamat, Johor itu memaklumkan dan meminta Shuk sebagai responden untuk menghadirkan diri ke mahkamah tersebut.
Harapan Fara

Pada hantaran yang sama, Fara juga berharap isu berkaitan dirinya dan Shuk dapat diselesaikan supaya dia boleh memulakan fasa hidup yang baharu bersama cahaya mata tercinta.
Saya cuma mahu selesaikan perkara ini, itu sahaja.
Kami (saya dan anak) hanya mahu bebas dan mulakan hidup kami dengan tenang.
Terdahulu, Fara memaklumkan bahawa dia telah selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Elaine Nada pada 26 Jun lalu.
Sekadar info, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Fara pada November 2023.
Shuk juga pernah berkahwin dengan Rossa Sera sebelum bercerai pada 22 Mac 2023 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Nur Qurratu Ain, dan Nur Assyifatu Aimi.
Sumber: Instagram
The post Fara Salleh ‘Upload’ Notis Terpapar Di Akhbar, Mahkamah Minta Shuk Sahar Hadir first appeared on OHBULAN!.





