29.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Faisal Halim Sedih Kim Pan-Gon Letak Jawatan Jurulatih Harimau Malaya – ‘Dia Kata Nak Lihat Saya Kembali Kuat’

    Shopee Sale



    Faisal Halim

    Pemain bola sepak Faisal Halim meluahkan rasa sedih dan terkesan dengan keputusan Kim Pan-gon melepaskan jawatan selaku ketua jurulatih pasukan kebangsaan berkuat kuasa pada Selasa.

    Berita sedih

    Faisal Halim

    Menerusi hantaran di Instagram Story, Faisal berkata, Kim Pan-gon antara individu yang tidak pernah putus memberikan sokongan kepadanya untuk bangkit semula selepas insiden disimbah asid.

    Berita yang sangat menyedihkan. Saya masih ingat dua bulan lepas jurulatih (Kim Pan-gon) datang ke hospital dan berikan saya sokongan dan kekuatan.

    Jurulatih duduk dekat saya dan kata, “Faisal saya ingin melihat anda kembali kuat untuk pasukan kebangsaan”.

    “Saya akan memberi sokongan dan yakinkan saya yang saya akan menjadi lebih kuat”.

    Dalam hantaran sama, Faisal yang mesra dengan sapaan Mickey menitipkan ucapan terima kasih kepada Kim Pan-gon di atas tunjuk ajar yang diberikan.

    Terima kasih untuk segalanya jurulatih Kim Pan-gon.

    Pada Selasa, menerusi satu sesi sidang media khas, Kim Pan-gon telah mengumumkan untuk meletakkan jawatan sebagai jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan, bagaimanapun dia tidak mendedahkan alasan terperinci di sebalik keputusan yang dibuat.

    MENARIK:  DJ Sonic Dedah Fazura Tidak Berdiam Diri, Mahu Ambil Tindakan Terhadap Komen Fitnah & Buli Siber

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah