28.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Bila Tengok CCTV, Luluh Hati Lihat Apa Yang Anak Lalui Di Sekolah’ – Wawa Zainal

    Shopee Sale

    Pelakon dan usahawan Wawa Zainal, mengakui sedih selepas melihat rakaman litar tertutup (CCTV), yang didakwa memaparkan insiden buli melibatkan anaknya, Ahmad Fakhruddin Attar ketika di sekolah.

    Artikel Berkaitan: Wawa Zainal Dakwa Anak Ditumbuk & Tangan Dipulas Rakan – ‘Sekarang Dia Dituduh Pula..Saya Tak Boleh Diam!’

    Lebih peka pada anak

    Screenshot

    Menerusi hantaran di Threads, Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, 34, menghargai pembabitan dari pihak sekolah dalam menangani isu tersebut.

    Terima kasih kepada pihak pengurusan dan guru-guru kerana mengambil tindakan segera serta memandang serius isu buli yang membabitkan anak kami.

    Bila melihat semula rakaman CCTV, sebagai seorang ibu, luluh hati melihat apa yang anak sendiri lalui di sekolah.

    Sementara itu, sebagai ibu Wawa mengakui kekhilafannya kerana tidak mengambil tindakan awal apabila Attar mengadu mengenai situasi yang dihadapinya di sekolah.

    Buat Attar, anak mama, mama minta maaf. Maafkan mama kerana sebelum ini tidak mengambil tindakan selanjutnya setiap kali abang bercerita tangan abang selalu dipulas dan ditumbuk manja oleh kawan.

    Kononnya mama mahu abang menjadi kuat untuk menghadapi kerasnya dunia. 

    Tetapi selepas melihat sendiri apa yang berlaku, mama sedar perkara seperti ini tidak sepatutnya dianggap sebagai gurauan atau sesuatu yang perlu abang tahan.

    Justeru, Wawa berharap agar kejadian yang menimpa anaknya itu menjadi iktibar untuk ibu bapa agar lebih cakna dengan sikap anak-anak di sekolah.

    Semoga perkara ini menjadi pengajaran buat kita semua, termasuk diri saya sendiri sebagai ibu bapa. Sama-sama kita lebih peka, mendengar dan memantau anak-anak.

    Bukan sahaja memastikan anak kita tidak menjadi mangsa buli, tetapi juga memastikan anak kita tidak menjadi pelaku buli.

    Didiklah anak-anak tentang empati, menghormati orang lain dan memahami batas dalam bergurau.

    Apa yang dianggap gurauan oleh seseorang kadang-kadang sebenarnya dan melebihi batas!

    Semoga ibu bapa dan pihak sekolah terus berganding bahu dalam membendung budaya buli serta mewujudkan persekitaran yang selamat untuk anak-anak kita.

    Terdahulu, Wawa mendakwa anaknya menjadi mangsa buli di sekolah selepas Attar mengadu telah ditumbuk dan tangannya dipulas oleh rakan sekelas.

    MENARIK:  Hattan & Jamal Abdillah Bergabung Jayakan Majlis Makan Malam Amal ‘Night Of Love & Compassion’

    The post ‘Bila Tengok CCTV, Luluh Hati Lihat Apa Yang Anak Lalui Di Sekolah’ – Wawa Zainal first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah