27.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ezzaty Abdullah: ‘Dengan Caruman, Keluarga Ada Payung & Boleh Bina Semula Hidup’

    Shopee Sale

    Pelakon Ezzaty Abdullah menekankan bahawa perlindungan sosial bukan sahaja penting untuk pekerja formal, tetapi juga golongan gig seperti penghantar makanan dan penggiat seni.

    Artikel Berkaitan: ‘Alhamdulillah, 26 September Bayi Lelaki Kami Selamat Dilahirkan’ – Ezzaty Abdullah

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Kuat’ – Ezzaty Abdullah Rela Diceraikan Kalau Suami Nak Kahwin Lain

    Pernah tengok sendiri ‘rider’ kemalangan

    Menurut Ezzaty, 35, dia pernah menyaksikan sendiri seorang penghantar makanan terlibat kemalangan ketika mencari rezeki.

    Saya pernah nampak sendiri kemalangan melibatkan rider. Mereka pertaruhkan nyawa setiap hari untuk cari rezeki.

    Bayangkan kalau sesuatu terjadi, macam mana nasib keluarga? Mungkin dia seorang ayah, suami atau anak yang menanggung ibu bapa.

    Ezzaty yang membawa watak Mawar, seorang ibu tunggal menyara dua anak, termasuk seorang anak istimewa sambil bekerja sebagai penghantar makanan dalam TVC Aidilfitri Perkeso mengakui pengalaman itu membuka perspektif baru tentang kepentingan perlindungan sosial.

    Watak Mawar ni memang sangat prihatin. Dia suka tolong orang lain sampai kadang-kadang terlupa diri sendiri.

    Malah kalau ternampak binatang lapar, dia sanggup berhenti kerja sekejap untuk bagi makan.

    Dalam masyarakat kita, ramai rasa mereka kuat dan boleh hadap semua benda sendiri. Tapi bila berlaku kecelakaan, caruman itulah sebenarnya jadi penyelamat.

    Kita tak minta perkara buruk berlaku, tapi bila sudah jadi, perlindungan sosial inilah yang bantu keluarga untuk teruskan hidup.

    Ezzaty pastikan pekerjanya ada caruman

    Dalam pada itu, isteri kepada aktor Azwan Komos turut menekankan bahawa caruman Perkeso memberi jaminan kepada keluarga pencari nafkah yang meninggal dunia agar masih dapat meneruskan kehidupan.

    MENARIK:  5 Bulan Kenal Terus Kahwin..Pada Malam Pertama Baru Tahu Rupanya Isteri ‘Tiada Dara’

    Sebagai majikan, Ezzaty memastikan ketiga-tiga pekerja perniagaan tepung keknya juga mempunyai caruman Perkeso.

    Sekurang-kurangnya keluarga ada ‘payung’. Duit tu mungkin bukan segalanya, tapi cukup untuk mereka bina semula hidup.

    Sebagai majikan, saya rasa itu tanggungjawab kita sediakan perlindungan sebelum hujan.

    Iklan raya Aidilfitri Perkeso Janji Ibu menampilkan Ezzaty bersama Syafie Naswip dan pelakon kanak-kanak Umar Shakur, mengetengahkan kisah penuh emosi tentang ibu tunggal, pekerja gig serta wanita sebagai tunjang keluarga.

    Melalui pendekatan penceritaan dekat dengan realiti masyarakat, Perkeso menekankan kepentingan keselamatan sosial sebagai keperluan asas demi menjamin kelangsungan hidup pekerja dan keluarga.

    Iklan raya Janji Ibu bakal menemui penonton pada Mac ini.

    The post Ezzaty Abdullah: ‘Dengan Caruman, Keluarga Ada Payung & Boleh Bina Semula Hidup’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah