32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Uciluna Pernah Diuji Seperti Aliff Syukri Ketika Bisnes Meningkat – ‘Setiap Kali Live, Badan Penuh Kemerahan’

    Shopee Sale

    Usahawan dan pempengaruh, Uciluna mendedahkan bahawa dirinya pernah mengalami penyakit yang sama seperti dialami oleh ahli perniagaan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri.

    Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Mimpi Hantu Menakutkan Sebelum Badan Penuh Ruam Merah

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Dirawat Di Hospital, Doktor Cakap Gatal Boleh Sekat Pernafasan – ‘Muka Jadi Bengkak’

    Pengalaman Uciluna

    Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, pemilik nama Khairul Shukri atau lebih mesra dengan panggilan Uci mengimbau kembali detik sukar yang pernah dilaluinya sekitar dua atau tiga tahun lalu.

    Saya dulu pun pernah kena diwaktu nama dan perniagaan saya tengah meningkat naik.

    Sekarang korang tahu, bisnes Datuk Aliff sekarang tengah berada di puncak dan setiap hari dia dapat jutaan ringgit. 

    Menurut Uci, gejala pertama yang dialaminya ketika itu ialah matanya menjadi merah secara tiba-tiba, selain keluarganya termasuk anak-anak mula jatuh sakit secara berterusan.

    Setiap kali saya ada kempen atau buat live di media sosial, badan saya dipenuhi kemerahan. Cuma ketika itu saya tidak menceritakan kepada orang.

    Ikthiar perubatan islam

    " data-video-id="7533182032810151175" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @uciluna.ema

    Kepada @Aliff Syukri Kamarzaman , semoga dato sihat sedia kala , amin 🤲🏻 #fyp #viral #masukberanda

    ♬ Zikir Taubat Piano – aberbotaque

    Jelas Uci, pada masa itu dia langsung tidak terlintas perkara tersebut berkait dengan unsur mistik atau khianat, bagaimanapun, setelah dipujuk oleh isteri, dia akhirnya mengambil langkah untuk mendapatkan rawatan secara tradisional.

    Pada waktu itu, saya fikir saya tak ada buat masalah atau khianat orang, cuma kita buat kerja kita sahaja.

    Saya pun tak pernah terfikir pun pasal buatan orang, saya tak percaya pun benda tu. Tapi masa tu, isteri saya kata yang kami satu keluarga tak henti-henti didatangi penyakit, dan dia ajak pergi berubat secara tradisional.

    Selepas daripada itu, Alhamdulillah. 

    Sementara itu, Uci berpendapat bahawa tidak salah sekiranya seseorang itu berikhtiar mencari penawar jika diuji dengan penyakit yang berpanjangan.

    Saya tak kata Datuk Aliff ni kena buatan atau tidak, tapi tak salah kalau cuba ikhtiar.

    Terdahulu, Aliff mengalami kegatalan luar biasa dan tompok-tompok merah yang memenuhi badan sehingga mengganggu aktiviti hariannya termasuk ketika membuat siaran langsung.

    Aliff kemudian dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

    Sumber: TikTok Uciluna

    The post [VIDEO] Uciluna Pernah Diuji Seperti Aliff Syukri Ketika Bisnes Meningkat – ‘Setiap Kali Live, Badan Penuh Kemerahan’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah