33.5 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Anak Suami Aku Tetap Nombor Satu..Sebab Dia, Aku Faham Tanggungjawab Seorang Ibu’ – Shaniena Natasya

    Shopee Sale



    Pempengaruh dan usahawan, Shaniena Natasya memaklumkan akan terus menyayangi anak tirinya meskipun dia bakal menimang cahaya mata pertamanya tidak lama lagi.

    ‘Dia tetap yang nombor satu untuk aku’

    Kenyataan itu dikeluarkan oleh Shaniena susulan dakwaan orang ramai yang mempertikaikan kasih sayangnya terhadap anak tiri, Sameer selepas memiliki zuriat sendiri, kelak.

    Jangan risau pasal anak suami aku, dia tetap yang nombor satu untuk aku. Aku sayang semua sama rata, tanggungjawab suami aku akan sama sahaja tiada lebih tiada kurang.

    Tambah Shaniena lagi, kehadiran Sameer dalam kehidupannya juga telah mengajarnya menjadi seorang ibu yang bertanggungjawab dan penyabar.

    Sebab anak laki aku, aku belajar kesabaran dan dulu aku suka budak biasa-biasa je, suka lepas tu aku tinggal. Tapi bila dengan anak suami aku, aku faham erti jaga anak dan tanggungjawab untuk anak.

    Kasih sayang tak berbelah bahagi

    Meskipun Sameer bukanlah anak kandungnya tetapi Shaniena akui sangat menyayangi anak lelakinya itu dan kasih sayang dia dan suami terhadap Sameer tidak akan berubah.

    Walaupun bukan anak kandung aku tapi dia nombor satu dekat hati kami dua. Aku tak kisah lah orang cakap aku melebih anak orang tapi ini anak laki aku.

    Kalau tak sayang nanti cakap mak tiri kejam, Jangan risau, bab budak budak ni lemah. Sameer ni akan pertama, akan sentiasa jadi abang.

    Sebelum ini, Shaniena berkongsi berita gembira memaklumkan dirinya bakal menimang cahaya mata selepas setahun menanti kelahiran pertama.

    MENARIK:  Permohonan Maaf Diterima Daripada Pihak Atasan Oleh Gadis Yang Diganggu Komando – ‘Mereka Pesan Kalau Nampak Dia Terus Telefon Polis’ [VIDEO]

    Untuk info, Shaniena mendirikan rumah tangga bersama suaminya iaitu Choudhry Wasim pada Mei tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah