32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Exists & Masdo Bakal Bergabung Di ‘Konsert Battle Of Time’, Bawa Aura Dua Generasi ‘Pukau’ Peminat

    Shopee Sale



    Dua kumpulan muzik popular, Exists dan Masdo bakal bersatu di atas pentas konsert Battle of the Time yang dijadualkan berlangsung pada 10 November ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC).

    Dua generasi

     

    View this post on Instagram

    A post shared by SENSORHYTHM (@sensorhythm)

    Konsert ini memberi indikasi transisi masa yang pernah dilalui kugiran legenda seperti Exists yang turut mempengaruhi perjalanan pemuzik-pemuzik generasi kini seperti Masdo.

    Menurut penganjur, Dewi dari Dennsa berkata, fenomena muzik yang dibawa oleh kedua-dua kumpulan itu menjadi sebab mengapa tercetusnya konsert tersebut.

    Seperti yang semua sedia maklum Exists adalah sebuah kugiran legenda yang karya mereka telah didengar daripada generasi Millenial kepada generasi Alpha.

    Lagu-lagu Exists dari Oh Ibu sehingga Julia malah Langkah Seiringin yang telah dihasilkan lebih sedekad lalu kini menjadi trending di TikTok. Ini semua menjadi bukti karya Exists tidak mati ditelan zaman dan terus relevan meski era bertukar.

    Maka itu menjadi sebab utama kami selaku penganjur dengan bangga membawa Exists ke dalam BATTLE OF TIME EXISTS X MASDO.

    Sementara buat MASDO pula tidak dapat disangkal lagi betapa aura muzik yang mereka bawakan telah menimbulkan fenomena dan gelombang tersendiri dalam kalangan penggemar muzik Nusantara.

    Untuk makluman Konsert Battle of the Time Exists X Masdo ini adalah anjuran Dennsa dan Sensorythm dengan sokongan Kementerian Komunikasi bersama kumpulan My Creative Ventures.

    MENARIK:  Diskaun 50% Guardian untuk Raya Tahun Ini! Amy Mastura & Sham Visa Muncul dalam Video Raya Terbaru!

    Jangan lepaskan peluang untuk pembelian tiket dengan harga: Dia Pertama (RM159), Lempeng Twist (RM199), Anugerah Hati (RM219), Bunga Cemara (RM299), Teruna Juwita (RM399), Bidadari Pujaanku (RM599) Untukmu Puspita Royal Box (RM789).

    Dapatkan tiket anda di myticket.com.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah