Selepas empat dekad berkarya, penyanyi lagenda Korea Selatan, Lim Jae Beom mengumumkan persaraannya daripada industri muzik.
Umum bersara sebagai penyanyi

Digelar sebagai ‘God of Vocals’ kerana kehebatan suaranya, penyanyi ikonik ini secara rasmi mengumumkan bakal mengundurkan diri daripada pentas nyanyian menerusi video di saluran YouTube peribadinya serta semasa temu bual JTBC ‘Newsroom’ pada 4 Januari lalu.
Menjelaskan keputusan tersebut, Lim Jae Beom berkata dia memilih untuk bersara selepas tamatnya Jelajah Kebangsaan Ulang Tahun Ke-40 yang sedang berlangsung ketika ini.
Hati saya masih membara setiap kali berdiri di atas pentas, namun saya harus akui bahawa keupayaan fizikal saya mula meninggalkan saya satu demi satu.
Pelantun lagu For You (Neo-reul Wi-hae) ini turut meninggalkan pesanan buat para peminat yang bersedih dengan pengundurannya itu.
Walaupun saya meninggalkan pentas, saya masih bernafas di dunia ini bersama kalian. Jadi, tolong jangan terlalu bersedih.
Malah, dia sempat membuat permintaan istimewa kepada peminatnya yang akan hadir konsert terakhirnya di Seoul pada 17 dan 18 Januari nanti.
Saya harap penonton dapat menyanyikan lagu ‘Greeting’ (Insa).
Asalnya, ia adalah lagu yang saya tujukan buat peminat. Namun, memandangkan saya akan pergi, saya sangat menghargai jika anda semua dapat menyanyikannya buat saya sebagai tanda perpisahan.
Sebagai tanda penghargaan, Lim Jae Beom bakal melancarkan lagu pra-terbitan bertajuk ‘Life is a drama’ pada 6 Januari ini.
Lagu tersebut dijangka menjadi naskhah peribadi yang menceritakan tentang perjalanan hidup dan karier seninya.
Sumber: Allkpop
The post Empat Dekad Berkarya, ‘God of Vocals’ Lim Jae Beom Umum Bersara Sebagai Penyanyi first appeared on OHBULAN!.





