Pelakon, Emma Maembong mengesahkan bahawa dirinya merupakan aktres yang hadir ke sebuah kelab malam selepas tular sebuah video memaparkan kelibatnya di lokasi berkenaan, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Bukti Kehebatan Aktres TV Popular ABPBH 37! Emma Maembong Taruh Emosi Dalam ‘Santau Perempuan Terlarang’
Teman DJ Kidd

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 33, menjelaskan kehadirannya ke kelab malam tersebut adalah untuk melihat teman lelakinya, DJ Kidd, yang bekerja sebagai deejay di situ.
Saya tidak faham kenapa orang ramai nak over-over keadaan sampai perlu kaburkan muka saya. Saya pergi ke kelab tersebut untuk penggambaran muzik video. Kebetulan DJ Kidd ada di situ juga, jadi saya pergi tengok dia.
Emma berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran video di Instagram Story miliknya, pada Rabu.
Tambah Emma, tiada keperluan untuk dia berselindung atau membiarkan orang ramai terus berteka-teki memandangkan dirinya sendiri secara sukarela mengunjungi kelab malam berkenaan.
Saya sendiri yang masuk kelab itu, saya tidak pakai pelitup muka atau topi sebab saya memang nak tengok DJ Kidd ‘spin’. Bila orang rakam, saya lambai tangan kepadanya dengan mesra.
Perkara ini bukan sorok-sorok bawah meja. Lainlah kalau saya terkantoi dan tersebar. Tapi ini memang saya sendiri biarkan, tak perlu kaburkan muka dan tak perlu berteka-teki.
Saya masuk kelab malam situ dengan keadaan gembira dan ramai yang menjaga (pengawal peribadi) saya ketika itu. Orang Sibu dan Sarawak sangat peramah dan mesra.
Terdahulu, tular satu rakaman video memaparkan seorang selebriti wanita berada di sebuah kelab malam di Sarawak.
Dalam perkongsian tersebut, selebriti berkenaan dilihat mengenakan pakaian berona hijau serta sempat beramah mesra dengan beberapa pengunjung di lokasi berkenaan.
Sumber: Instagram
The post Emma Maembong Mengaku Pergi Kelab Malam, Support DJ Kidd ‘Spin’ – ‘Saya Masuk Dengan Gembira’ first appeared on OHBULAN!.





