29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Elly Mazlein Ambil Iktibar Isu Penyampai Radio Persenda Agama Kaum Lain – ‘Saya Memuji Keberanian Mereka’

    Shopee Sale



    Elly Mazlein

    Penyanyi dan pengacara, Elly Mazlein turut bersimpati dengan nasib tiga penyampai sebuah stesen radio yang digantung tugas susulan isu didakwa mempersenda agama Hindu.

    Maafkan mereka

    Elly Mazlein

    Elly atau nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 44, berkata, setiap manusia tidak lari daripada berbuat silap, justeru mereka bertiga berhak diberi peluang selepas tampil memohon maaf secara terbuka.

    Sebagai sahabat kepada mereka, saya sangat simpati dengan apa yang telah terjadi. Saya memuji keberanian mereka untuk tampil memohon maaf dengan segera.

    Saya mendoakan yang terbaik untuk mereka. Walau macam mana pun, kita semua manusia biasa, tidak sempurna dan tidak lari daripada berbuat silap.

    Saya tahu mereka tiada niat ke arah itu (persendakan agama), ini mungkin hanya kesilapan teknikal sahaja dan salah faham.

    Terus berikan sokongan kepada tiga sahabat saya itu, banyak perkara baik yang telah mereka lakukan sebelum ini. Harap semua memaafkan mereka.

    Elly berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di sidang media dan tayangan perdana Astro Raya 2025 yang berlangsung di sebuah hotel di Bandar Utama, Selangor, baru-baru ini.

    Mengulas mengenai permintaan orang ramai meminta dia mengganti slot tiga penyampai itu, Elly menjawab dia mempunyai kekangan masa selain jadual kerja yang padat.

    Saya mempunyai jadual yang sudah ditetapkan dan agak padat selain kekangan masa. Untuk saya mengambil slot pagi agak sukar.

    Kalau tidak saya, masih ada lagi penyampai radio hebat yang lain boleh menggantikan tempat tiga penyampai itu.

    Ambil iktibar

    Elly Mazlein

    Mengambil iktibar dengan insiden yang terjadi, pelantun lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu berpesan kepada diri sendiri supaya sentiasa menjaga tutur dan sensitiviti kamu lain.

    Apa yang berlaku ini juga memberi pengajaran kepada saya supaya sentiasa berhati-hati dan peka.

    Pengajaran yang boleh diambil perlu jaga sensitiviti dan menghormati kaum lain, perlu sentiasa profesional. Ingat bahawa kita hidup dalam sebuah negara yang berbilang bangsa dan kaum.

    Terdahulu, tular video memaparkan salah seorang penyampai radio didakwa meniru tarian kavadi sambil salah seorangnya menyebut ‘Vel Vel’ disusuli gelak tawa.

    MENARIK:  Shukri Yahaya Setia, Dijadikan Suami Contoh – ‘Tengok Rezeki Dia Melimpah’

    Klip video itu mengundang kritikan meluas kerana didakwa telah menghina tradisi kaum Hindu.

    Sedar akan kesilapan yang dilakukan, tiga penyampai radio berkenaan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

    Susulan itu tersebut, syarikat stesen radio berkenaan, Maestra Broadcast Sdn Bhd telah dikenakan kompaun sebanyak RM250,000, bagi kesalahan mengikut 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu memuat naik kandungan jelik melampau.

    Bagaimanapun, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia memutuskan untuk tidak menggantung lesen stesen radio terbabit.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah