25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ellie Suriaty Tak Terima Mohon Maaf Melalui Telefon, Bagi Tempoh Hingga Aidilfitri Untuk Imran Bard Bersemuka – ‘Saya Tidak Akan Senyapkan Benda Ini’

    Shopee Sale



    Ellie Suriaty

    Susulan isu nama dijadikan konten sehingga didakwa telah mencalarkan imej, pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty memberi tempoh sehingga April kepada pempengaruh, Imran Bard untuk membuat permohonan maaf secara berdepan.

    Mahu bersemuka

    Ellie Suriaty

    Ellie atau nama sebenarnya Ellie Suriaty Omar, 54, memberi dua pilihan kepada Imran atau nama sebenar Muhammad Al Imran Badaruddin, sama ada bersemuka dengannya atau berdepan dengan tindakan lanjut.

    Saya tidak akan senyapkan benda ini. Perkara ini ada kaitan dengan masyarakat. Bila nama pempengaruh, dia akan mempengaruhi masyarakat sama ada untuk pekara baik atau buruk.

    Dalam hal saya ini, ia lebih kepada buruk kerana saya banyak terima mesej yang menggelarkan saya sundal, rupa buruk, pelakon sendu dan pelbagai konotasi negatif lain.

    Sepatutnya dia jumpa saya sebelum bulan puasa lagi. Tapi dia kata dia berada di kampung. Jadi saya bagi tempoh hingga Hari Raya nanti untuk dia datang jumpa saya.

    Kalau dia berdegil juga, saya serahkan pada Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) untuk tindakan lanjut.

    Ellie berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media dan Majlis Tayangan Program Raya Astro 2025, di sebuah hotel di Selangor, pada Rabu.

    Maruah tercalar

    Disoal mengenai kemungkinan bakal mengambil tindakan undang-undang, Ellie menjawab, maruahnya yang telah tercalar tidak mampu dipulihkan dengan wang ringgit.

    Selama tiga dekad saya bekerja keras untuk berada di kedudukan hari ini. Reputasi yang dibina selama ini tercalar disebabkan video yang dimuat naiknya itu.

    Berapakah nilai diri yang hendak diletakkan? Takkanlah nilai saya RM200,000, RM500,000 ataupun RM1 juta? Saya adalah anugerah Allah SWT.

    Saya berpegang pada janjinya untuk mengambil tanggungjawab atas apa yang berlaku. Saya nak tengok tanggungajwab bagaimana yang dia nak ambil.

    Sementara itu, pelakon filem Memoir Seorang Guru ini turut menasihatkan Imran mengenai adab untuk memohon maaf.

    Agama Islam tak mengajar kita minta maaf melalui telefon. Kalau nak minta maaf, kena datang jumpa batang tubuh orang yang kita sudah sakitkan hatinya.

    Kalau betul pun dia minta maaf, saya akan nilai sama ada dia ikhlas ataupun terpaksa sebab takut kena hentam.

    Imran menerusi Instagram Story (IGs) sebelum ini sudah pun memohon maaf kepada Ellie berhubung video TikTok dengan kandungan berunsur fitnah yang dimuat naik itu.

    MENARIK:  ‘Dia Menangis Datang Rumah Minta Tolong Carikan Sponsor’ – Yuka Kharisma Tuju Dekat Siapa?

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah