28.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    El Rumi Berhati-Hati Kongsi Rancangan Kahwin Dengan Bapa – ‘Takut Akan Tersebar Awal’

    Shopee Sale

    Anak kepada pemuzik Indonesia, Ahmad Dhani iaitu El Rumi mengakui lebih berhati-hati berbicara tentang perkahwinannya dengan bapanya kerana takut maklumat tersebar lebih awal.

    Artikel Berkaitan: [FOTO] Genap Setahun Bercinta, El Rumi Lamar Syifa Hadju Di Switzerland

    Artikel Berkaitan: Anak Ahmad Dhani Lamar Kekasih Di Itali, Fazura Tumpang Gembira – ‘MasyaAllah, Congratulations You Two’

    Jarang berkongsi

    Memetik Kompas.com, El yang berusia 26 tahun itu berkata dia enggan berbicara lanjut tentang soal perkahwinannya kerana sudah mengenali sikap bapanya yang sering terlanjur dalam kata-kata.

    Kata anggota kumpulan Lucky Laki itu, walaupun perkara itu tidak pernah berlaku kepadanya sebelum ini namun dia tetap berhati-hati.

    Sekarang saya agak takut untuk bercakap tentang perkahwinan dengan bapa saya.

    Kerana saya takut ia akan bocor dahulu.

    Saya tidak pernah memberitahunya, (tetapi) sekarang saya takut.

    Terlepas cakap

    Dalam pada itu, El turut memberi contoh situasi di mana Ahmad Dhani sering berkongsi secara berlebihan tanpa ditanya.

    Kami memang tak beritahu dia sebab kalau kami beritahu pun dia akan cakap ‘Januari’, atau ‘Mei’, atau bila-bila masa.

    Itu pun kami tidak beritahu. Macam mana situasi kalau kami beritahu dia?

    Malah El berkata ini bukanlah kali pertama dia jarang berkongsi kepada bapanya.

    MENARIK:  Syamel Nafi Dakwaan Bersentuhan Dalam MV, Hubungi Ernie Zakri Selepas Video Tular – ‘Saya Akan Lebih Berhati-Hati’

    Berkongsi lanjut, El berkata dia tidak memaklumkan tentang lamaran yang dilakukan kepada kekasihnya yang juga pelakon, Syifa Hadju di Lauterbrunnen, Switzerland pada 2 Oktober lalu.

    Perkara itu turut diketahui oleh ibunya, Maia Estianty namun sikapnya mendapat teguran.

    Sumber: Kompas.com

    The post El Rumi Berhati-Hati Kongsi Rancangan Kahwin Dengan Bapa – ‘Takut Akan Tersebar Awal’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah