Penyanyi dan komposer terkenal, Edry Abdul Halim membuat kejutan istimewa untuk peminatnya.
Artikel Berkaitan: KRU Kembali Demi Peminat, Pembubaran Dahulu Bukan Gimik – ‘Edry Sanggup Ulang Alik Manchester KL’
Artikel Berkaitan: KRU Jadi Fenomena, Elite & Adam AF Buat Kejutan Untuk Lebih 11,000 Penonton
Buat kejutan
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Edry sedang berada di sebuah pusat karaoke.
Komposer berusia 49 tahun itu kemudian menyerbu masuk ke sebuah bilik selepas terdengar salah satu lagu popular KRU dinyanyikan oleh peminatnya.
Saya berada di sebuah pusat karaoke dan terdengar ada peminat sedang menyanyi lagu Terhangat Di Pasaran.
Saya nak serbu mereka dan menyanyi bersama-sama.
Tindakan spontan Edry itu ternyata membuatkan sekumpulan wanita tersebut terkejut dan tidak keruan apabila dia muncul secara tiba-tiba.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, warganet berseloroh dengan mengatakan mereka iri hati melihat kegembiraan dirasai dan berharap dapat kejutan yang sama.
Dalam pada itu, mereka turut memuji Edry yang disifatkan merendah diri dan tidak jemu melayan peminat.
Sumber: TikTok
The post Edry Serbu Bilik Karaoke Peminat Tengah Nyanyi Lagu ‘Terhangat Di Pasaran’ first appeared on OHBULAN!.



Thank you fans yg selalu support lagu kami 



