31.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘PM tiada kuasa urusan tanah Pahang tapi takkan berdiam diri’

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak mempunyai kuasa dalam urusan tanah negeri tetapi tidak akan “berdiam diri” bagi membantu menyelesaikan pertikaian tanah Orang Asli di Kampung Sungai Cot, Maran, kata pegawainya.

    Muhammad Kamil Abdul Munim, setiausaha politik kepada Anwar sebagai menteri kewangan, berkata Anwar akan terus memainkan perananan sebagai pemudah cara.

    Katanya, Anwar akan mengangkat isu itu kepada kerajaan negeri Pahang agar penyelesaian dapat dicapai segera secara adil, berhemah dan berlandaskan undang-undang.

    Anwar pernah menyatakan komitmen sama minggu lepas bagi membawa isu itu untuk perbincangan lanjut bersama kerajaan negeri.

    Kenyataan itu dikeluarkan selepas sekumpulan wakil Orang Asli Kampung Sungai Cot bersama Pertubuhan Perlindungan Khazanah Alam Malaysia (Peka) menyerahkan memorandum di kediaman rasmi perdana menteri di Putrajaya semalam.

    Penduduk kampung menyeru campur tangan pusat dalam pertikaian tanah yang berlarutan sejak 2015, dengan mendakwa kerajaan Pahang menjual tanah pusaka mereka kepada pemaju.

    Dalam kenyataan hari ini, Muhammad Kamil berkata dalam keghairahan segelintir pihak meraih keuntungan politik, janganlah fakta serta prinsip perlembagaan diputar belit sehingga mengelirukan rakyat.

    “Mengaburkan batas bidang kuasa bukan sahaja tidak membantu masyarakat Orang Asli, malah hanya akan melambatkan usaha mencari penyelesaian yang adil dan tuntas,” katanya.

    MENARIK:  Jenazah Ahmad Nawab selamat dikebumikan

    ‘Segerakan’

    Dia juga berkata kerajaan Pahang diseru agar segera melaksanakan tanggungjawab bawah bidang kuasanya.

    “Hak serta kebajikan masyarakat Orang Asli tidak boleh terus terkesan akibat kelewatan membuat keputusan. 

    “Mereka berhak memperoleh penyelesaian yang adil, bermaruah dan tanpa penangguhan,” katanya.

    Kerajaan negeri Pahang pada Ahad lalu dilaporkan akan meminta Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang serta Pejabat Daerah dan Tanah untuk meneliti bantuan bagi menyelesaikan isu pertikaian tanah Orang Asli di Kampung Sungai Cot.

    Exco agama, kemajuan desa dan Orang Asli Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata isu itu akan ditangani secara berhemah, berlandaskan undang-undang serta melalui pendekatan libat urus.

    Syed Ibrahim Syed Ahmad

    Bagaimanapun, katanya, dakwaan berhubung isu pertikaian tanah yang dikaitkan dengan masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Cot tidak seperti yang digambarkan.

    Syed Ibrahim berkata hasil perbincangan Jakoa bersama penama Orang Asli mendapati enam penama masih meneruskan tuntutan mendakwa kawasan itu merupakan tanah adat mereka, namun tidak dapat disahkan berdasarkan rekod dan fakta.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah