30.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dynas Mokhtar Kongsi Minat ‘Unik’, Suka Cari Info Fasal Mayat & Jenayah Pembunuhan

    Shopee Sale

    Pelakon dan pengacara, Dynas Mokhtar berkongsi satu minat uniknya apabila gemar mencari maklumat serta melihat gambar berkaitan mayat dan kes forensik.

    Artikel Berkaitan: ‘Pelakon Baharu Muncul Macam Cendawan, Tapi Mereka Bukan Datang Dengan Kosong Tanpa Persiapan’ – Dynas Mokhtar

    Artikel Berkaitan: ‘Mereka Sentiasa Rasa Betul’ – Chacha Maembong Guna Pengalaman Berdepan Individu Narsistik Untuk Dalami Watak

    Kaji mayat

    Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 43, berkata dia juga meminati menonton dokumentari serta drama berkaitan pembunuhan, penyiasatan dan jenayah berat.

    Menurut Dynas, watak Razman yang dibawa Nazim Othman dalam drama Griya seolah-olah menggambarkan personalitinya yang sebenar.

    Jalan cerita drama Griya sangat menarik dan watak Razman itu macam diri saya sendiri. Saya memang suka tengok drama atau filem berkaitan pembunuhan, penyiasatan dan jenayah. Saya suka tengok mayat.

    Dulu ketika berlaku tragedi tsunami besar, setiap hari saya buat carian di internet untuk melihat keadaan mayat mangsa.

    Saya memang suka mencari info dan belajar bagaimana tubuh manusia berfungsi. Mungkin sebab dulu saya nak jadi doktor tetapi tidak kesampaian.

    Dynas berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis Watch Party drama Griya yang berlangsung di GSC Starling Mall, Damansara, baru-baru ini.

    MENARIK:  [VIDEO] Hari Arafah Di Malaysia Jatuh Pada Hari Ahad, Ini Kelebihan Orang Yang Melakukan Puasa Sunat – ‘Akan Diampunkan Dosanya…’

    Tambah Dynas, dia juga gemar mendengar pengalaman individu yang pernah terlibat dalam operasi menyelamat atau menguruskan mayat mangsa insiden tragis.

    Saya tidak takut atau geli melihat gambar mayat sebab dalam diri saya ada satu perasaan ingin tahu. Kadang-kadang saya tertanya juga sama ada saya ini psiko atau tidak, tapi sebenarnya tidak.

    Saya pernah menemubual anggota bomba dan apabila dia bercerita tentang pengalaman menyelamatkan mayat, saya sangat fokus dan seronok mendengarnya.

    Lebih mengejutkan, Dynas berkata anak keduanya turut mempunyai minat yang sama sepertinya.

    Saya ingat perangai itu ada pada saya seorang sahaja, rupanya anak kedua saya pun ada minat yang sama.

    The post Dynas Mokhtar Kongsi Minat ‘Unik’, Suka Cari Info Fasal Mayat & Jenayah Pembunuhan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah