Penyanyi, Bunga Isme memaklumkan dirinya pernah terdetik untuk berhenti menyanyi selepas gagal sebanyak dua kali sewaktu melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bunga Isme Bergelar Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran, Titip Pesanan Kepada Pelajar Bekerja Untuk Kuat Semangat
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bunga Isme Akui Sudah Berkahwin Tahun Lepas – ‘Rezeki Datang Lebih Awal’
Ulang-alik setiap hari ke kampus

Ketika ditemui , Bunga atau nama lengkapnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari berkata, antara faktor yang membuatkan dirinya terdetik sebegitu selepas berdepan dengan kepenatan teramat sangat sepanjang tempoh belajar.
Sebenarnya saya betul-betul ‘down’ sewaktu belajar saya pernah dua kali gagal untuk dua semester. Semester ketiga dan keempat saya ada gagal satu subjek.
Bila sudah gagal kali kedua itu, saya terfikir mungkin sudah tidak boleh nak lakukan ini semua (belajar sambil menyanyi). Waktu itu saya duduk dengan mak, ulang alik dari Damansara ke Seremban setiap hari.
Pernah juga saya tiada kereta terpaksa naik tren. Bangun pukul 5 pagi, balik dari kelas pukul 6 petang sampai rumah pukul 11 malam.
Bunga berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis pelancaran album sulungnya yang berjudul ‘Seharum Nama’ bertempat di TGV KLCC, pada Khamis.
Walau bagaimanapun, pelantun lagu ‘Intan Payung’ berasa sangat bersyukur kerana mendapat sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan untuknya meneruskan kerjaya sebagai penyanyi.
Memang ada satu fasa itu saya mula down. Saya rasa seperti mahu berhenti buat semuanya (menyanyi). Saya memang dah tak boleh fikir apa-apa.
Tapi disebabkan oleh keluarga dan rakan-rakan, mereka tahu saya pernah susah senang buat muzik, mereka selalu ingatkan kenapa saya pilih jalan (industri seni) ini.
Saya sudah cukup usaha dan hanya tinggal bertawakal sahaja. Kalau jatuh saya akan bangkit lagi.
Sekadar info, Bunga meluahkan rasa syukur kerana penat lelahnya membuahkan hasil apabila berjaya mengenggam Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran di Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada November tahun lalu.
The post Dua Kali Gagal Sewaktu ‘Degree’, Bunga Isme Pernah Terdetik Berhenti Menyanyi – ‘Saya Betul-Betul Down’ first appeared on OHBULAN!.





