27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dua Beradik Maut Dalam Peti Sejuk Ketika Main Sorok-Sorok Di Rumah

    Shopee Sale

    Dua beradik ditemui meninggal dunia selepas dipercayai terperangkap di dalam sebuah peti sejuk lama yang tidak digunakan.

    Maut dalam peti ais

    Memetik laporan New York Post, kejadian itu berlaku ketika Saori Guevara, 8, bersama Darien, 5, bermain sorok-sorok di rumah mereka di Vista Hermosa, Colombia, pada Sabtu lalu. 

    Difahamkan, kedua-dua kanak-kanak tersebut dipercayai mengalami sesak nafas selepas terperangkap di dalam peti sejuk.

    Bapa mangsa, Brayan Guevara Trivino, memaklumkan bahawa ketika kejadian, dia dan isterinya keluar sebentar selama kira-kira 20 minit untuk membeli barangan keperluan, meninggalkan anak-anak mereka di rumah.

    Menurutnya, peti sejuk tersebut tidak digunakan dan telah pun dicabut daripada bekalan elektrik.

    Peti sejuk itu tidak disambungkan. Anak-anak masuk ke dalamnya ketika bermain. 

    Mereka bermain, kemudian penutupnya tertutup sendiri dan mereka tidak dapat keluar,.

    Kejadian itu hanya disedari selepas ibu bapa mereka pulang ke rumah dan gagal menemui mereka. Mangsa kemudian dibawa ke hospital, namun disahkan meninggal dunia.

    MENARIK:  ‘Hadir Beribadah Bersama Membawa Sejuta Kisah’ – Mamat Anggap Perpisahan Sementara Dengan Shuib Ada Hikmah

    Pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut, manakala proses bedah siasat sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

    Sumber: New York Post

    The post Dua Beradik Maut Dalam Peti Sejuk Ketika Main Sorok-Sorok Di Rumah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah