32.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dr Fadzilah Kamsah Kongsi Tips Kekal Bahagia Selepas 7 Tahun Berkahwin – ‘Hubungan Hambar Bukan Tanda Tamat’

    Shopee Sale

    Pakar motivasi, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah berkongsi tips rumah tangga kepada pasangan yang sudah berkahwin lebih daripada tujuh tahun.

    Artikel Berkaitan: Fadzilah Kamsah Tegur Pasangan Suami Isteri Jangan Dedah Aib, Dr Afifah Respon – ‘Baik, Tok Abah’

    Artikel Berkaitan: ‘Orang Curang, Susah Nak Mengaku Salah’ – Dr Fadzilah Kamsah

    Rumah tangga usia 7 tahun

    Menurut pemerhatiannya, pasangan berkemungkinan mengalami beberapa situasi biasa selepas lebih enam tahun berkahwin.

    Antaranya, pasangan tidak lagi rancak berbual seperti dahulu dan masing-masing sibuk dengan rutin harian mereka.

    Bercakap pun rasa malas. Dulu boleh sembang sampai malam, sekarang cuma “hmm”, “ok”.

    Sibuk sangat dengan rutin masing-masing. Mana dengan kerja, anak, telefon dan lain-lain.

    Semua jadi lebih penting daripada kualiti masa bersama.

    Pasangan juga kurang sentuhan dan perhatian. Tidak melakukan sekecil-kecil gesture seperti berpegangan tangan atau peluk pasangan sebelum pergi kerja. 

    Katanya lagi, kesabaran pasangan juga akan menipis di mana mereka akan berasa cepat marah hingga masalah yang kecil juga akan dibesarkan.

    Dalam pada itu, pasangan juga tidak dapat mengelakkan rasa kosong walaupun sudah lama hidup bersama di bawah satu bumbung.

    MENARIK:  Polis Gagal Hubungi Pelakon Lelaki Bertubuh Sasa Didakwa Tumbuk Mata & Badan Teman Wanita

    Lapan perkara kena buat

    Bagaimanapun, Fadzilah berkongsi cara mengatasi masalah dalam perkahwinan supaya hubungan pasangan kekal bahagia.

    Solat berjemaah dan doa bersama. Kalau tidak dapat semua waktu, setidaknya usahakan Isyak dan Subuh.

    Usahakan solat taubat setiap malam. Kemudian mulakan semula ‘dating mingguan’.

    Jangan simpan perasaan. Jangan sangka pasangan faham kita sentiasa tetapi kita yang kena usaha faham pasangan.

    Selain itu, amalkan bermaafan sebelum tidur dan tidak lupa mengucapkan kata-kata ringkas seperti ‘terima kasih’ dan ‘maaf’.

    Fadzilah berkata pasangan yang bahagia adalah pasangan yang kerap menyentuh secara fizikal dan mengenang kembali detik-detik indah sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

    Berusahalah hidupkan semula rasa cinta.

    Hubungan hambar bukan tanda tamat, tapi tanda kamu berdua perlu mula semula lagi dengan cara yang lebih matang, lebih sabar dan lebih cinta.

    Sumber: Threads

    The post Dr Fadzilah Kamsah Kongsi Tips Kekal Bahagia Selepas 7 Tahun Berkahwin – ‘Hubungan Hambar Bukan Tanda Tamat’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah