Anak sulung kepada pelakon, Abby Abadi iaitu Mohamed Danish Hakim menarik perhatian ramai apabila berkongsi tentang betapa besarnya kekuatan doa seorang ibu dalam kehidupan seorang anak.
Artikel Berkaitan: Marissa Umum Dalam Proses Berpisah, Abby Abadi Harap Kemelut Segera Selesai – ‘Keluarlah Dari Mimpi Ngeri’
Artikel Berkaitan: Wanita Pernah Jadi Penyondol Nasihat Marissa Dania – ‘Kau Tidak Akan Menang Sampai Bila-Bila & Sentiasa Tidak Tenang’
Doa mama

Menerusi perkongsian di Threads, Danish, 23 berkata doa seorang ibu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan.
Doa mama (nama panggilan Abby) power. Jangan pernah memandang rendah doa seorang ibu kepada anak-anaknya.
Doa ibu seperti sama seperti doa Nabi terhadap umatnya.
Doa ibu adalah segalanya kerana merupakan kekuatan dahsyat yang menembus langit, pelindung tak kesat mata, dan kunci keberhasilan serta kebahagiaan anak.
Kasih sayang dan reda ibu adalah sumber kekuatan yang paling ikhlas, mampu menguatkan saat jatuh, dan menjadi pilar kehidupan anak.
Danish memuat naik hantaran itu selepas adiknya, Marissa Dania memaklumkan hubungan perkahwinan bersama Ahmad Aslam bakal berakhir.
Menurut Marissa, perbicaraan yang berlangsung sebelum ini terpaksa ditangguhkan bagi memberi ruang kepadanya untuk memberikan keterangan.
Keputusan Marissa juga disambut baik oleh Abby yang sebelum ini mahu anaknya memilih jalan untuk menamatkan konflik rumah tangga dengan cara berpisah.
Sumber: Threads
The post ‘Doa Mama Power’ – Hantaran Danish Hakim Selepas Marissa Dania Nekad Bercerai Dengan Aslam first appeared on OHBULAN!.





