Penyampai radio Nasional FM, Dj Sonic mendedahkan aktres, Nur Fazura kini lebih tegas dan tidak akan berdiam diri berdepan dengan tuduhan tidak berasas atau fitnah yang boleh menjatuhkan maruahnya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Pamer Wajah ‘Polos’ Tanpa Solekan, Ramai Jatuh Hati – ‘Sangat Cantik Ciptaan Allah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nangis Lama Menunggu Untuk Bergambar Dengan Daisy Duck, Reaksi Fazura Pujuk Fatima Curi Perhatian – ‘Pandai Dia Didik Anak Supaya Bersabar
Bukan yang dulu

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Awang Suffian Awang Hussein, 46, berkata rakannya itu kini lebih matang dalam menangani situasi seperti itu.
Untuk peringatan, Fazura bukan yang dulu. Kalau dulu Fazura akan berdiam diri dan sabar saja kalau kalian bercakap buruk.
Tetapi selepas 10 bulan lalu, Fazura sudah tidak berdiam diri.
Kalau penulisan kalian menimbulkan fitnah, tidak benar, buli siber dan jatuhkan maruah dia, memang dia akan ambil tindakan.
Kenyataan Dj Sonic dipercayai merujuk kepada serangan siber yang diterima oleh Fazura berkaitan rumah tangganya sebelum ini bersama bekas suaminya, Fattah Amin.
Dalam pada itu, Dj Sonic juga mengingatkan supaya orang ramai tidak bertindak secara melulu dengan memuat naik hantaran di media sosial tanpa berfikir tentang akibat yang akan diterima.
Jangan sampai suami atau ahli keluarga kalian DM Fazura dan mohon padam setiap respons daripada pihaknya.
Ada yang telah dikenakan tatatertib bagi penjawat awam.
Fikir sehabis baik sebelum kongsi.
Sumber: Threads
The post DJ Sonic Dedah Fazura Tidak Berdiam Diri, Mahu Ambil Tindakan Terhadap Komen Fitnah & Buli Siber first appeared on OHBULAN!.





