28.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ditegur Masak Jangan Guna ‘Glove’ Hitam & Tak Jaga Kebersihan, Peniaga Pasar Malam Didakwa Enggan Terima Nasihat

    Shopee Sale

    Seorang peniaga makanan di tapak pasar malam didakwa tidak menerima teguran berhubung isu kebersihan ketika menyediakan makanan, khususnya penggunaan sarung tangan getah berwarna hitam semasa memasak.

    Artikel Berkaitan: Penjual Laksa Berhenti Meniaga Selepas Jiran Dakwa Tak Jaga Kebersihan, Tampil Mohon Maaf – ‘Lalat & Sampah Ada Selepas Banjir’

    Kebersihan makanan

    Isu tersebut tercetus selepas beberapa individu berkongsi teguran menerusi sesi siaran langsung di TikTok yang dilakukan peniaga terbabit.

    Malah, seorang pengguna media sosial turut membincangkan perkara itu menerusi satu hantaran di Threads berhubung aspek keselamatan makanan yang disediakan oleh peniaga terbabit.

    Bila kita tegur untuk kebaikan, dia jawab dia tak pegang benda lain dan rasa diri paling bersih. Sedangkan sentuh banyak tempat dan makanan itu dah dikira contiminated (tercemar).

    Moderator pula cakap tak payah nak jadi KKM sangat. Tapi kalau betul-betul buat aduan kepada KKM, boleh habis peniaga itu.

    Individu berkenaan menegaskan teguran yang diberikan bukan untuk menjatuhkan peniaga tempatan, sebaliknya dibuat demi menjaga kesihatan pengguna.

    Bukan nak jatuhkan peniaga Melayu, cuma harap boleh terima teguran secara positif. Kalau silap, pelanggan boleh kena infective AGE (jangkitan usus atau cirit-birit).

    Dalam satu siaran langsung yang tular, peniaga terbabit dilihat tetap berpegang pada pendiriannya dan enggan menerima nasihat wargamaya.

    MENARIK:  [VIDEO] Duet Lagu ‘Tennessee Whiskey’, Cakra Khan Kagum Dengar Kehebatan Suara Azharina

    Peniaga tersebut menegaskan dirinya tidak menyentuh tempat kotor dan beranggapan cara penyediaan makanannya sudah mematuhi tahap kebersihan yang sepatutnya.

    Isu itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen yang rata-ratanya menekankan kepentingan aspek kebersihan dan pematuhan prosedur pengendalian makanan, terutamanya bagi peniaga di kawasan terbuka seperti pasar malam.

    Sumber: Threads

    The post Ditegur Masak Jangan Guna ‘Glove’ Hitam & Tak Jaga Kebersihan, Peniaga Pasar Malam Didakwa Enggan Terima Nasihat first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah