Penyanyi, Aisha Retno tampil menjawab kritikan warganet yang mempertikaikan gaya pakaiannya yang menampilkan korset bersama baju kebaya.
Artikel Berkaitan: Hasrat ‘Flashmob’ Aisha Retno Ditolak, Netizen Mohon Bagi Ruang Fokus 10 Ramadan Terakhir
Artikel Berkaitan: Aisha Retno Jelaskan Salah Faham – ‘Batik Yang Saya Hadiahkan Itu Buatan Malaysia’
Identiti sendiri

Menurut pemilik nama Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, gaya tersebut sebenarnya merupakan identiti fesyennya sejak mula menceburi industri muzik.
Ini sebenarnya gaya pakaian “trademark” saya sejak saya mula dalam industri.
Walaupun ada yang kata ia melanggar “peraturan normal”, saya tak nampak apa-apa salah untuk saya jelaskan kenapa saya berpakaian begitu pada setiap acara.
Aisha menjelaskan perkara itu selepas seorang individu di Threads meluahkan rasa kurang senang dengan gayanya berpakaian dalam musik video lagu Jodoh Lebaran.
Dalam pada itu, Aisha turut meminta individu tersebut untuk menerangkan bagaimana penampilannya dikatakan bersesuaian dengan lagu tersebut memandangkan ia berunsurkan Portugis-Joget Melaka.
Tetapi bila dikatakan ia kelihatan tidak menghormati (disrespectful), mungkin awak boleh bantu jelaskan dengan lebih lanjut apa sebenarnya yang dianggap tidak menghormati itu?
Seperti yang awak boleh lihat, lagu ini terutamanya berunsurkan Portugis–Joget Melaka.
Terdahulu, individu itu menyatakan pemakaian korset di luar kebaya adalah sangat buruk dan menghalang untuk pakaian tradisi dijadikan eksperimen.
Sumber: Threads
The post Dikritik Pakai Korset Di Luar Kebaya, Aisha Tenang – ‘Itu Trademark Saya’ first appeared on OHBULAN!.





