28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    9 Hari Lagi Ramadan Tiba.. Perlu Bayar Fidyah Atau Qadha Jika Puasa Tertinggal? Kenali Golongan Yang Terlibat

    Shopee Sale

    Fidyah merujuk kepada bayaran denda yang diwajibkan ke atas individu tertentu yang tidak dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan atas sebab-sebab yang dibenarkan oleh syarak.

    Artikel Berkaitan: Aurat Pesakit Wanita Dalam Rawatan & Keadaan Darurat: ‘Jika Doktor Menolak Sehingga Membahayakan Nyawa Boleh Dianggap Berdosa’

    Artikel Berkaitan: Was-Was Bilangan Rakaat Semasa Solat: Adakah Batal?

    Ditunaikan ikut bilangan hari yang ditinggalkan

    Lazimnya, fidyah dibayar dalam bentuk makanan asasi seperti beras atau bahan makanan lain yang mencukupi untuk satu hidangan, atau dalam bentuk nilai wang yang setara, sebagai ganti puasa yang ditinggalkan apabila seseorang tidak lagi mampu menggantikannya pada hari lain.

    Kewajipan ini bertepatan dengan ketetapan hukum Islam dan hendaklah ditunaikan mengikut jumlah hari puasa yang ditinggalkan.

    Sekiranya tidak disempurnakan, fidyah tersebut kekal sebagai tanggungan atau hutang kepada Allah S.W.T.

    Penentuan sama ada seseorang perlu membayar fidyah, menggantikan puasa (qadha), atau melaksanakan kedua-duanya bergantung kepada sebab puasa ditinggalkan serta kemampuan individu berkenaan.

    Bagi mereka yang meninggalkan puasa atas keuzuran yang dibenarkan syarak seperti bermusafir, haid, nifas atau wiladah, termasuk juga individu yang mengalami sakit sementara dan berpotensi sembuh, kewajipan utama adalah menggantikan semula puasa tersebut.

    Qadha puasa itu pula hendaklah diselesaikan sebelum tibanya Ramadan berikutnya.

    Namun, jika qadha sengaja ditangguhkan sehingga masuk Ramadan seterusnya tanpa alasan munasabah, individu tersebut bukan sahaja wajib menggantikan puasa, malah turut dikenakan fidyah mengikut jumlah hari yang ditinggalkan.

    MENARIK:  ‘Mungkin Beribu Yang Mengejarmu, Tapi Awak Pilih Tanggungjawab & Sebuah Keluarga’ – Fizo Omar Kagumi Syed Saddiq

    Bayar fidyah sebagai ganti rugi

    Selain itu, keadaannya berbeza bagi individu yang menghidap penyakit kronik atau sakit berpanjangan tanpa harapan untuk sembuh, serta disahkan oleh pihak perubatan bahawa mereka tidak mampu berpuasa.

    Golongan ini tidak diwajibkan menggantikan puasa, namun tetap perlu menunaikan fidyah bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan pada tahun tersebut.

    Bagi wanita hamil atau ibu yang menyusukan anak pula, hukum berkaitan fidyah ditentukan berdasarkan sebab mereka tidak berpuasa.

    Jika puasa ditinggalkan kerana bimbang terhadap kesihatan diri sendiri, atau keselamatan diri bersama kandungan atau anak yang disusukan, mereka tidak diwajibkan membayar fidyah.

    Namun begitu, puasa yang ditinggalkan tetap perlu diganti melalui qadha apabila keadaan mengizinkan.

    Sebaliknya, jika puasa ditinggalkan semata-mata kerana kebimbangan terhadap kesihatan atau keselamatan anak atau kandungan, ibu berkenaan wajib menggantikan puasa tersebut serta membayar fidyah bagi setiap hari yang ditinggalkan.

    Di samping itu, sekiranya seseorang meninggal dunia dalam keadaan masih mempunyai tanggungan puasa yang belum diganti, waris digalakkan menunaikan fidyah bagi pihaknya sebagai usaha menyempurnakan ibadah yang belum sempat dilaksanakan ketika hayatnya.

    Sumber: E Central,

    The post 9 Hari Lagi Ramadan Tiba.. Perlu Bayar Fidyah Atau Qadha Jika Puasa Tertinggal? Kenali Golongan Yang Terlibat first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah