
Pelakon Abby Abadi mengakui berasa kesal kerana terlalu berlembut dan sentiasa mengalah dalam semua hal sehingga terpaksa berdepan dengan masalah keluarga yang masih berlarutan sehingga ke hari ini.
Kecewa dengan bekas suami

Pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan, meluahkan rasa kecewa kerana dia masih perlu bersuara mengenai isu rumah tangga anak perempuannya, Marissa dan Aslam.
Terlalu banyak kesilapan yang saya buat.
Antaranya terlalu berlembut dan mengalah dalam semua hal.
Rileks dan tenang sangat rupanya untuk jangka masa panjang, keadaan jadi di luar jangkaan. Perkara saling berkait.
Tidak hanya itu, Abby turut kesal dengan dengan sikap bekas suami iaitu Norman Hakim berkaitan dengan perihal anak-anak.
Pun begitu, Abby enggan mengulas lanjut kerana bimbang dituduh membuka aib.
Sebagai bekas isteri kepada Norman Hakim, banyak perkara yang tak selesai dan mengecewakan saya. Berbelas tahun dah.
Ingatkan bila berbaik, hal-hal anak-anak akan jadi lebih baik tetapi sebagai ibu kepada anak-anak yang ada ini, saya menyesal tentang banyak perkara.
Sebut nanti kata buka aib pula.
Sebelum ini, berlaku persengketaan antara Abby dan menantunya, Ahmad Aslam selepas ada pihak yang memintanya memohon maaf kepada madu anaknya iaitu Umisya Mazlan.
Bagaimanapun Abby mempersoalkan permintaan itu sebaliknya meminta menantunya Aslam perlu datang memohon maaf kepadanya.





