28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘De Fam Ada Etika Pemakaian Yang Ditetapkan, Sebagai Muslim Kami Tahu Apa Boleh Pakai’ – Azira Shafinaz

    Shopee Sale

    Penyanyi dan pelakon, Azira Shafinaz mendedahkan dirinya bersama dua ahli kumpulan De Fam yang lain amat menitikberatkan tentang etika pemakaian setiap kali muncul dalam video muzik atau menjayakan persembahan.

    Artikel Berkaitan: Azira Shafinaz Pernah Dimarahi Pelakon Senior Sampai Menangis – ‘Saya Dipanggil B*doh’

    Etika pemakaian

    Azira atau nama lengkapnya Azira Shafinaz Ramlan, 34, berkata, mereka sekumpulan lebih selesa mengayakan baju yang tidak terlalu ketat dan mendedahkan aurat.

    De Fam memang ada kod etika pemakaian yang kami tetapkan. Terutama salah seorang anggota kami iaitu Cik Manggis yang berhijab, dia tidak selesa jika pakaian yang digayakan terlalu ketat.

    Sejak kami muncul dalam industri, De Fam memang menjaga pemakaian kami. Kalau orang tanya macam mana De Fam boleh jaga etika pemakaian tetapi orang lain tidak, saya rasa itu tidak perlu dijadikan isu.

    Azira berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis Cakenis Athleisure & Cakenis Cup Pickleball Final Match yang berlangsung di Tomaz Pickleball, baru-baru ini.

    Ketika diminta mengulas mengenai kontroversi kumpulan Dolla berhuhung isu pemakaian mereka dalam sebuah video muzik sehingga terpaksa diturunkan, Azira percaya setiap artis mempunyai strategi pemasaran masing-masing.

    Saya percaya setiap penyanyi baik yang solo atau berkumpulan mempunyai cara masing-masing. Mereka (Dolla) mempunyai identiti dan genre yang berbeza dengan kami. Saya percaya mereka ada hulu tuju dalam industri.

    Jika minta saya ulas tentang isu pemakaian sebenarnya sangat sensitif. Bagi saya, yang mana benar sememangnya benar. Orang tegur kita kena akur dan patuh sebab orang tegur untuk kita berkekalan.

    Dalam pada itu, Azira turut menegaskan kecaman terhadap Dolla wajar dijadikan iktibar kepada semua selebriti.

    Sudah semestinya semua terlibat bukan sahaja Dolla mahupun De Fam. Bagi saya isu etika pemakaian ini, sebagai Muslim tahu apa boleh pakai atau tidak. Macam saya cakap kita kena ambil teguran dan cuba perbaiki.

    The post ‘De Fam Ada Etika Pemakaian Yang Ditetapkan, Sebagai Muslim Kami Tahu Apa Boleh Pakai’ – Azira Shafinaz first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  Kerajaan akan Meneliti dan Berbincang tentang Bantuan Pengajian untuk Jasmine Suraya di Los Angeles

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah