26.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dayana Roza Ditahan Di Wad, Akui Kerap Stres & Lupa Makan – ‘Jangan Tunggu Sampai Badan Sakit’

    Shopee Sale

    Pelakon Dayana Roza dimasukkan ke hospital akibat daripada jangkitan di bahagian perut yang teruk sehingga hampir menjadi ulser.

    Artikel Berkaitan: Dayana Roza Selamat Bersalin Anak Kedua, Baby Boy!

    Artikel Berkaitan: Suami Bagi ‘Green Light’ Untuk Dayana Roza Kembali Aktif Berlakon

    Seminggu ditahan di hospital

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Dayana atau nama penuhnya Nur Dayana Kamsun Baharin mengakui dia kerap mengabaikan diri sendiri sehingga jatuh sakit.

    Difahamkan, kini hampir seminggu Dayana ditahan wad bagi rawatan susulan untuk jangkitan perutnya.

    Saya bergelut dengan hidup saya secara senyap sejak tahun lepas.

    Abaikan diri sendiri, sentiasa tertekan, kadang lupa makan.

    Sekarang sudah lima hari di hospital, perut ada jangkitan teruk, dah melecet hampir jadi ulser.

    Utamakan kesihatan

    Dalam pada itu, Dayana sempat menitipkan pesanan agar sentiasa peka dengan kesihatan sebelum terlambat.

    MENARIK:  ‘Sejujurnya Mengalir Air Mata Melihat Anak Harungi Takdir Hidupnya Seorang Diri’ – Patimah Ismail

    Tambah pelakon berusia 34 tahun itu, dia akan memberi lebih perhatian pada diri sendiri agar perkara sama tidak berulang.

    Kesihatan emosi dan fizikal adalah penting.

    Tolong jangan tunggu sampai badan dah sakit.

    Mulai sekarang, saya pilih diri saya.

    Saya akan kembali dengan lebih kuat dan cintai diri sendiri. Kali ini, saya letakkan diri sendiri yang pertama.

    Sumber: Instagram @dayanaroza

    The post Dayana Roza Ditahan Di Wad, Akui Kerap Stres & Lupa Makan – ‘Jangan Tunggu Sampai Badan Sakit’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah