28.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Dalam Media Sosial Ramai Makin Sakit, Banyak Sangat Kebencian’ – Nabila Huda

    Shopee Sale

    Pelakon, Nabila Huda berpandangan platform media sosial masa kini menjadi medium yang semakin dipenuhi penyebaran kebencian dalam kalangan masyarakat.

    Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Bila Pakai Comot Masuk Restoran Fancy Macam Kena Judge’ – Nabila Huda

    Artikel Berkaitan: ‘Sangat Humble, Tak Sombong & Layan Semua Krew Sama Rata Dengan Artis’ – Individu Dedah Sikap Nabila Huda

    Tidak mudah menghakimi orang lain

    Menerusi satu hantaran di Threads, pemilik nama Nabila Huda meluahkan rasa hairan terhadap latar belakang kehidupan seseorang yang mampu membentuk sikap mereka sehingga tergamak bersikap sedemikian.

    Katanya lagi, pengalaman yang dilalui sejak zaman kanak-kanak mengajarnya untuk tidak sewenang-wenangnya menghakimi orang lain.

    Dalam era media sosial kini, ramai yang makin sakit.

    Terlalu banyak sangat kebencian yang disebarkan.

    Saya selalu tertanya bagaimana mereka dibesarkan.

    Bagi saya, trauma zaman kanak-kanak saya telah mengajar saya pelbagai perkara.

    Jangan menghakimi atau mencari salah orang dan betulkan hidup orang lain.

    Jangan pedulikan mulut orang

    Dalam masa sama, aktres drama ‘Kamar Kamariah’ itu menitipkan nasihat agar tidak terlalu mempedulikan suara-suara negatif kerana mereka tidak pernah melalui perjalanan hidup seseorang.

    Awak tak tahu bagaimana hidup awak pada masa akan datang.

    Jadi, bersedia sahaja.

    Saya dah pernah melalui situasi tersebut dan merasainya sendiri.

    Sebab itu saya tidakk mahu dengar bunyi yang bising. 

    Awak tiada dalam perjalanan saya dan saya akan terus melangkah sambil menerokai karakter serta mengejar impian saya.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  Uyaina Arshad Tak Dapat Memo Tema Warna Majlis Kahwin Kawan Baik – ‘Semua Pakai Kuning, Saya Je Biru’

    The post ‘Dalam Media Sosial Ramai Makin Sakit, Banyak Sangat Kebencian’ – Nabila Huda first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah