32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Datuk Red Sebak Umum Adira Suhaimi Tamat Idah – ‘Dialah Asbab Saya Dikenali, Banyak Jasa Dia Pada Saya’

    Shopee Sale



    Selepas sah bercerai dengan Datuk Red pada April lalu, tempoh idah penyanyi, Adira Suhaimi telah selesai pada 14 Julai 2024.

    ‘Terima kasih sayang’

    Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Datuk Red atau nama lengkapnya, Datuk Seri Adnan Abu memberitahu bahawa tempoh idah bekas isteri keduanya iaitu Adira Suhaimi telah tamat.

    Saya nak beritahu supaya tak timbul fitnah. Inilah dugaan saya, 3 bulan lepas saya diduga dengan kehilangan dua-dua isteri dan hari ini (14 Julai) dan semalam (13 Julai) diduga habis idah dengan dua-dua isteri. Terima kasih kepada mereka.

    Dalam kesempatan itu, Datuk Red meluahkan rasa terima kasih kepada Adira kerana pernah menjadi isterinya selama hampir 8 tahun.

    Saya doakan dia murah rezeki, sihat, panjang umur. Sebenarnya Adira lah asbab saya dikenali, dapat saya berniaga di TikTok. Kalau saya tak kahwin dengan Adira, orang tak akan kenal saya.

    Selain itu, banyaklah jasa dia kepada saya. Terima kasih banyak-banyak. Semoga dia teruskan kehidupan demi menjaga anak-anak saya.

    Sebelum ini, Datuk Red memaklumkan bahawa tempoh idah bekas isteri pertamanya iaitu Sharifah Norshafila Hashim telah selesai sejak 13 Julai, Sabtu.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Alhamdulillah, Kami Baik-Baik Saja’ – Oki Setiana Dewi Kongsi Pengorbanan Hubungan Jarak Jauh Dengan Suami

    Untuk rekod, Adnan dan Adira sah bercerai talak satu pada 24 April lalu selepas hampir lapan tahun mendirikan rumah tangga.

    Adnan kemudian turut menceraikan isteri pertamanya Sharifah Norshafila pada 14 Mei 2024. Hasil kedua-dua perkahwian itu Adnan dikurniakan sembilan orang cahaya mata.

    Video

    " data-video-id="7391717540398976263">
    @official Siapa potong bawang ni ??# #fyp #news #datukred #adirasuhaimi ? Instrumen Sholawat Sedih – Yuda pratama

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah