Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek tampil memberikan penjelasan susulan cadangan seorang individu yang meminta agar kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) dan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dimansuhkan.
Artikel Berkaitan: Bantuan Awal Persekolahan 2025: KPM Mulakan Agihan RM150 kepada Murid
Artikel Berkaitan: Anak Perempuan Menteri Pendidikan Cemerlang, Peroleh 9A Dalam SPM
Hapuskan MSSD MSSM
View on Threads
Menerusi luahan di Threads, seorang individu yang dipercayai ibu bapa kepada seorang murid berpendapat guru sepatutnya memberikan tumpuan kepada tanggungjawab hakiki mereka sebagai pendidik.
Dakwa individu tersebut, anaknya berdepan situasi guru kerap tidak masuk ke kelas sepanjang tahun ini berikutan penglibatan mereka sebagai jurulatih bagi kejohanan sukan.
Tolong pertimbangkan untuk mansuhkan mssd mssm.
Biarkan cikgu kekal jadi cikgu. Untuk tahun ini, sekolah anak saya kerap cikgu tak masuk kelas. Jadi jurulatih, guru pengiring, sudahnya tak masuk kelas topik ajar tak habis.
Tidak berdiam diri, YB Fadhlina menjelaskan bahawa isu guru tidak masuk kelas perlu dilaporkan kepada pihak pentadbir sekolah supaya tindakan segera dapat diambil.
Tambahnya, pemansuhan kedua-dua kejohanan itu bukanlah penyelesaian kerana pendidikan bukan sahaja menekankan kecemerlangan akademik, malah pembangunan murid secara holistik.
Kalau ada masalah guru tak masuk ke kelas, boleh maklumkan kepada pentadbir sekolah supaya tindakan segera dapat diambil.
Menghapuskan MSSD dan MSSM bukanlah penyelesaiannya. Kita nak anak-anak bukan sahaja cemerlang akademik tetapi juga secara holistik. Itulah roh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sumber: Threads
The post Dakwa Guru Kerap Tak Masuk Kelas, Fadhlina Sidek Ulas Cadangan Mansuhkan MSSD & MSSM first appeared on OHBULAN!.





