28.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dahlia Rizal Mengaku ‘High Maintenance’, Guna Duit Sendiri Penuhi Kehendak

    Shopee Sale

    Pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal mencuri perhatian ramai apabila secara berseloroh mendedahkan suaminya, Imran Aqil, pernah merasa dirinya telah ditipu atau ‘scam’ oleh ibu mentua sendiri.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dahlia Rizal Sukar Lupa Perasaan Sakit, Luka Disebabkan Orang Tersayang Semasa Mengandung

    Artikel Berkaitan: Beg Plastik Muntah Pun Kena Caj, Kos Bersalin Dahlia Rizal Cecah RM35,000 – ‘Dari Tahun Lepas Saya & Imran Dah Kumpul Duit’

    ‘Low maintenance’

    Menerusi perkongsian di platform Threads, Dahlia berkongsi kisah lucu yang berlaku pada awal perkahwinan mereka apabila Imran terkejut dengan gaya hidupnya yang jauh berbeza daripada gambaran awal diberikan oleh ibunya.

    Saya masih ingat Imran cakap ibu saya scam dia. Masa awal-awal kenal, mak saya cakap Dahlia low maintenance, tak suka barang mahal. Tapi lepas kahwin, Imran terus terkejut besar!

    Menurut Dahlia, meskipun dirinya menggemari barangan berjenama, namun tetap berpegang pada prinsip untuk menggunakan wang hasil titik peluh sendiri bagi memenuhi kehendaknya.

    Saya beritahu dia, memang saya high maintenance pun. Memang suka barang mahal dan branded. Tapi dulu tak mampu. Lepas kahwin, rezeki lebih dan saya gunakan untuk beli apa yang dulu saya tak mampu.

    Pengakuan jujur itu menerima reaksi positif dalam kalangan netizen yang rata-ratanya memuji sikap berdikari Dahlia yang tidak mengharapkan suaminya untuk menanggung segala kemahuan peribadi.

    MENARIK:  Sakit Gout Bukan Penghalang Rikostria Datang Uji Bakat OIAM – ‘Saya Dah Bersiap Dari Pukul 7 Pagi’

    Kisah tersebut turut mencuit hati ramai yang menyifatkan hubungan pasangan itu sebagai seimbang dan matang kerana wujud saling hormat-menghormati serta komunikasi terbuka antara satu sama lain.

    Untuk rekod, Dahlia Rizal dan Imran Aqil mendirikan rumah tangga pada 9 September 2023. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang dilahirkan pada 7 Mei.

    Sumber: Threads

    The post Dahlia Rizal Mengaku ‘High Maintenance’, Guna Duit Sendiri Penuhi Kehendak first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah