26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Dah Dua Bulan, Nak Tengok Muka Baby’ – Fila Amir ‘Sekolahkan’ Netizen, Mahu Elak Penyakit Ain

    Shopee Sale

    Pasangan personaliti media sosial, Fila Amir mempunyai sebab tersendiri mengapa tidak berkongsi wajah cahaya mata mereka kepada umum.

    Artikel Berkaitan: Fila Amir Bidas Netizen Persoal Wajah Anak Tak Sama Dengan Suami – ‘Macam Kita Ini Tuhan Pula’

    MENARIK:  [VIDEO] Kekasih Yazmin Aziz Buat Kejutan Sempena Hari Lahir, Netizen Komen – ‘Mesti Dalam Bilik, Macam Dah Nikah’

    Artikel Berkaitan: Suami Fila Amir Beli Rumah Mewah – ‘Sebab Baby Kita Dapat Banyak Rezeki’

    Ada sebab

    " data-video-id="7530499492760571142" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @filadama_camara

    just our little family ❤

    ♬ original sound – filadama_camara – filadama_camara

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Fila merakam momen kepulangan suami, Adama selepas dua bulan meninggalkannya atas urusan kerja.

    Bagaimanapun, terdapat seorang individu yang kurang senang melihat wajah anak pasangan tersebut yang masih dikaburkan.

    Anak sudah dua bulan, kenapa nak kaburkan lagi? Nak tengok muka baby.

    Elak penyakit ain

    Tidak berdiam diri, Fila kemudian membalas komen tersebut dan mempertahankan tindakannya itu.

    Nak elak daripada penyakit ain dari orang macam awak.

    Kenyataan Fila itu mendapat sokongan daripada warganet yang turut melakukan perkara sama terhadap anak mereka.

    Suka hati dia. Saya dulu pernah tunjuk gambar anak dekat family pun habis muka anak teruk naik bintik-bintik dekat pipi, lepas tak tunjuk baru hilang. Inikan pula nak tunjuk anak dekat orang ramai.

    Samalah saya pun, anak sudah setahun baru tunjuk muka. Itu pun jarang-jarang dan kaburkan juga.

    Sekadar info, Fila dan suaminya selamat menimang cahaya mata mereka yang pertama pada 14 Mei lalu selepas 5 tahun menjalani persenyawaan in vitro (IVF).

    Untuk rekod, Fila dan Adama yang berasal dari Guinea, Afrika mendirikan rumah tangga mereka pada 26 April 2019.

    Sumber: TikTok Fila Adama

    The post ‘Dah Dua Bulan, Nak Tengok Muka Baby’ – Fila Amir ‘Sekolahkan’ Netizen, Mahu Elak Penyakit Ain first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah