27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Cukuplah Sarah Yasmine! – Azhar Sulaiman

    Shopee Sale



    azhar

    Pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh seorang wanita yang didakwa ‘kekasih gelap’ kepada pelakon Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine telah mendapat perhatian ramai.

    Bagaimanapun, pelakon berasa rasa kurang senang dengan tindakan wanita itu.

    Mohon hentikan 

    azhar

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Azhar dilihat kecewa dengan situasi semasa yang berlaku di dalam industri hiburan tempatan setelah ramai selebriti didakwa terpalit dengan wanita berkenaan.

    Susulan itu, pelakon berusia 52 tahun tersebut memohon agar Sarah berhenti daripada terus membuat pendedahan.

    Enough, cukup Sarah Yasmine! Stop burning my friends and my industry.

    Yes Allah SWT hantar awak untuk buka cerita, berhentilah sekarang demi keharmonian rakyat Malaysia.

    You have made your point girl. Don’t milk the situation.

    Bagaimanapun tinjauan mendapati bapa kepada tiga orang anak itu telah memadam hantaran tersebut.

    Terdahulu, Sarah menyatakan dia berani melakukan pendedahan itu kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan Ruhaines.

    MENARIK:  Enam Jam Jay Jay Dalam Bilik Pembedahan

    Lebih mengejutkan lagi, wanita itu mendakwa aktres yang ditangkap khalwat bersama Aliff telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan isterinya Bella Astillah. Malah, dia mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit.

    Dalam pada itu, beberapa nama artis lain turut didakwa terpalit dengan pendedahan tersebut termasuk Emma Maembong, Chacha Maembong, Meerqeen dan Anna Jobling.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah