29.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Cukuplah Buat Berita Fitnah, Tiada Kena Mengena Dengan Saya’ – Noor Nabila

    Shopee Sale

    Usahawan dan pempengaruh Noor Nabila dilihat kurang selesa dengan laporan sebuah portal yang mengeluarkan berita mengenai aktor kacak bermaksiat dengan bekas isteri.

    Artikel Berkaitan: Noor Nabila Titip Ucapan Istimewa Buat Sharnaaz Ahmad Sempena ‘Birthday’ – ‘Terima Kasih Pilih Ketenangan Berbanding Ego’

    Artikel Berkaitan: Noor Nabila Anggap ‘Skincare’ Satu Pelaburan, Belanja RM140,000 Untuk Kulit Muka Zero Makeup

    Berhenti buat fitnah

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IGs), Nabila memohon agar tidak mengeluarkan sebarang cerita yang dapat mengundang fitnah.

    Sekaligus, Nabila menepis dirinya yang dimaksudkan portal tersebut.

    Cukup-cukup lah buat berita fitnah.

    Walaupun tiada kena mengena dengan saya.

    Dalam pada itu, kakak kepada pelakon dan usahawan terkenal iaitu Neelofa turut memaklumkan bahawa dia sedia berkongsi sebarang berita gembira pada umum.

    Kalau saya rujuk ke kahwin, saya tak buat senyap-senyap.

    Mestilah akan diuar-uarkan.

    Netizen kan perlu tahu.

    Untuk rekod, Nabila sebelum ini pernah bernikah dengan Sharnaaz Ahmad pada April 2017 namun berpisah pada 9 Julai 2020.

    MENARIK:  Coway Air Matching Filter Programme: Atasi Bau, Bulu & Habuk

    Mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden yang kini berusia 7 tahun.

    Nabila kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan bekas suami kepada penyanyi dan pelakon, Erra Fazira iaitu Engku Emran pada 19 Mac 2021 namun bercerai dua tahun selepas itu.

    Sumber: Instagram @noornabila

    The post ‘Cukuplah Buat Berita Fitnah, Tiada Kena Mengena Dengan Saya’ – Noor Nabila first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah