30.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    #CSOIAM: Rezza Shah Tak ‘Koyak’ Dikritik, Mengaku Pernah Datang Lewat Sesi Latihan – ‘Saya Terlajak Tidur Sebab Ada Insomnia’

    Shopee Sale



    Rezza Shah

    Dikatakan mempunyai masalah disiplin, peserta Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), Rezza Shah mengakui kesilapannya pernah lewat menghadiri sesi persediaan dan kelas tarian.

    Masalah disiplin?

    Rezza Shah

    Rezza, 23, bagaimanapun memberitahu mempunyai alasan atas kelewatannya di mana dia ada temu janji di klinik susulan mengalami masalah gangguan tidur atau insomnia.

    Saya akui memang lambat, tapi saya ada alasan tersendiri yang bukan sekadar untuk mempertahan diri atau hendak menutup kesalahan yang dibuat.

    Untuk sesi persediaan, saya lambat kerana ada janji temu di klinik sebab tekak saya sangat kering. Disebabkan terlalu banyak perkara yang mengacau, saya perlu ambil ‘nebulizer’.

    Untuk kelas menari pula, sejujurnya saya terlajak tidur sebab saya ada insomnia sejak berusia 12 tahun. Saya susah tidur, setiap malam memang saya cuba untuk tidur.

    Saya sudah cuba tidak menggunakan telefon, tapi memang susah. Ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada suara dan saya akan dapat penyakit seperti tonsil.

    Rezza berkongsi perkara itu pada sidang media konsert minggu keempat CSOIAM yang berlangsung di Glenmarie, Shah Alam, pada Ahad.

    Kritikan juri

    Rezza Shah

    Akur apabila gagal mara ke minggu kelima, Rezza berkata, dia mengambil segala komen juri dari sudut positif biarpun persembahannya menerima kritikan ‘pedas’.

    Semua komen daripada juri saya rasa sangat membantu untuk lebih lama dalam industri muzik ini.

    Kalau tiada komen-komen sebegitu, saya takkan jadi manusia atau artis yang ada disiplin selepas ini. Bagi orang komen itu ‘pedas’, tapi bagi saya tidak.

    Tidak mahu menunding jari kepada orang lain, Rezza memikul segala tanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan.

    Kalau betul anak jantan, kenapa nak ‘koyak’? Dah buat salah, maka tanggunglah. Saya akan perbaiki lagi disiplin selepas ini supaya akan lebih lama bertahan dalam industri muzik ini.

    Kalau menyanyi sedap atau tampan macam mana sekalipun, tapi kalau disiplin tak jaga, tak guna. Saya pegang dengan prinsip itu.

    Konsert minggu keempat CSOIAm menyaksikan Rezza menyampaikan lagu ‘Seragam Hitam’ dan ‘Kembali Merindu’, namun persembahanya tidak berjaya memuaskan hati juri.

    MENARIK:  ‘Selamat Hari Autisme Sedunia, Papa & Mama Bangga Dengan Seth Uwais’ – Shila Amzah

    Menurut juri tetap, Datuk Yusry Abdul Halim, dia berasa kesal kerana memberikan imuniti kepada Rezza sewaktu dia tersingkir pada minggu pertama.

    Tidak hanya Yusry, Ziana Zain juga meluahkan rasa kecewa dengan penampilan Rezza yang dikatakan tidak bertenaga dan mempunyai masalah ‘pitching’ yang teruk.

    Selain Rezza, langkah Alya Mardien juga terhenti apabila diumumkan tersingkir pada konsert minggu keempat CSOIAM.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah